Assalamu'alaikum.
(Entri yang lepas, akan diteruskan kemudian. Maaf, sekarang kesuntukan masa (atau buat-buat tidak ada masa?). Disibukkan dengan ujian Mid-Term, dan juga presentation. Mohon kekuatan daripada anda semua.)
(nukilan kali ini, agak tidak tersusun. Hanya mahu melepaskan pergi, semua perasaan yang bermain di minda. Jika ada manfaat, petiklah buah itu. moga kita semakin menghampiri kepada-Nya!)
(mood belajar saya hilang seketika, apabila mendapat khabar tentang si 'budak' ini! Bagi yang lain, mungkin si dia tiada apa-apa istimewa. Tapi, itu anda!)

"Abang Hamidi, abang tahu tak pasal Faiz?"
Kata seorang junior,
juga selaku menteeku,
seusai sahaja dia menjawab salamku.
Dengan sedikit kehairanan,
saya membalas singkat,
"Tak. Kenapa?"
"Faiz dah tak de."
Jawabnya dalam nada sedikit serak.
Saya kira,
itu memang nada suaranya,
unik sekali.
"Tak de? Maksud Aiman?"
Tiba-tiba saya terbayang yang bukan-bukan.
Entah kenapa.
"Faiz berhenti UIA."
Responnya pantas.
"Kenapa?"
Terkedu saya sebentar.
Dahi saya semakin berkerut.
"Dia kata dia nak jaga emaknya"
Jawabnya,
merungkai segala persoalan.
Saya diam.
Kepala saya sedikit tertunduk.
"Sekali lagi?"
Hati saya memohon kekuatan dari si Dia.
---------------
"Dan sungguh Kami akan menguji kamu semua dengan sesuatu yang berupa ketakutan, kelaparan, kekurangan harta-benda, kekurangan jiwa, dan kekurangan hasil buahan. Maka berilah khabar gembira kepada mereka yang bersabar!"
[Al-Baqarah 2: 155]
---------------
Hingga bertemu di Syurga,
tempat segala kebahagiaan!
Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"
2 yang kongsi idea:
Moga diberikan kesempatan untuk bertemu dengannya lagi.
Amin... insyaAllah. he.
Post a Comment