Pages

Thursday, July 16, 2009

Permulaan Kelas

Assalamualaikum...
Alhamdulillah... Was sholatu was salamu 'ala Ashrafil Anbiya'i wal Mursalin...

Salam sejahtera buat pembaca sekalian.
Semoga ALLAH melimpahkan Rahmat-Nya keatas kita semua.

Pembaca yang dirahmati,
Penulis memohon maaf atas kelambatan meng'update' entri baru untuk renungan kita semua. Minggu ini, IIUM Gombak baru memulakan sesi pembalajaran. Banyak perkara yang perlu dilakukan. Daftar kuliah, cari kelas, beli buku dan seumpamanya. Seperti kata kebanyakan golongan muda masa kini : "Aku sibuk la. Tak de masa!"

Ye, biasalah, Dunia! Semakin dikejar, semakin jauh. Sudah ada, mahu ditambah. Seperti sabda Rasulullah S.A.W (maksudnya) : "Kiranya anak Adam itu mempunyai 2 lembah harta, tentu mereka menginginkan yang ketiga. Padahal yang memenuhi perut anak Adam hanyalah kubur-kuburnya" - Riwayat Muslim.

Manusia sentiasa leka dengan dunia. Menyebabkan mereka lupa akan asal-usul mereka! Siapa diri mereka sebenarnya? Apa tujuan mereka datang ke Dunia ini? Ke mana mereka akan pergi? Adakah tugas mereka hanya mengejar dunia semata-mata? Atau ada tugasan yang lebih utama dan afdal? Dan yang paling penting, adakah benar kita ini seorang MUSLIM? Atau sekadar memakai pakaian 'muslim' sahaja?

Wahai sahabatku sekalian, ayuh! Bangun! Dan sedarlah dari mimpi yang melenakan.

(p/s : entri kali ini agak pendek, kerana saya kekurangan waktu untuk menulisnya. Maaf. Segala cadangan dan komen untuk blog ini, bolehlah dikemukan untuk kebaikan kita semua. Segala salah dan silap, harap diperbetulkan.)

Assalamualaikum.
"Always remember ALLAH"

2 yang kongsi idea:

m_far90 said...

assalamualaikum... salam mahabbah dan kasih sayang.... masih menghormati pandangan masing2 tapi sahabat2 di sini masih menunggu bilakah masanya penulis ingin memasukkan entry "sebab-sebab saya berada di UIAM yang gah ini..." apapom salam menanti dari kami dan ribuan kemaafan jika terasa hati dgn sindiran2 kami semua....

Al-Mufakkir Hamidi said...

Waalaikumussalam... salam mahabbah dan kasih sayang...

pertama sekali, ana memohon ribuan kemaafan kerana semenjak ini, ana tidak berkesempatan untuk menaipkan entri tersebut dalam masa terdekat. Ye, ana boleh menaipnya, tapi, kalau nak menjelaskan sesuatu, mestilah kena lengkap. So, masa yang panjang diperlukan untuk meng'update' entri tersebut.

Kedua, terima kasih kerana sudi menunggu dan setia dengan blog yang xseberapa ni... hehe...

ketiga, sindiran? Maafla, ana tidak mengetahui pula akan perkara ini. Sepatutnya ana la yang patut memohon ampun dan maaf jika keputusan ini menimbulkan keraguan di kalangan sahabat2 ana.

Kholasotul Koul : Maaf atas segala kesilapan yang telah ana lakukan, sedang lakukan dan bakal lakukan. Sesungguhnya ALLAH lah tempat sebaik-baik kembali.

Assalamualaikum...