Pages

Friday, July 3, 2009

Ujian Penilaian (Placement Test)

Assalamualaikum.

Saya baru sahaja selesai APT Skills (Arabic Placement Test). Ujian ini akan menentukan samada pelajar layak untuk terus ke Kuliah atau dikenakan kelas tambahan untuk bahasa tertentu. Baru-baru ini, pelajar-pelajar baru IIUM dikehendaki mengambil dua peperiksaan, EPT (English Placement Test) and APT. Dan ujian itu baru sahaja tamat pada hari ini.

Melalui ujian ini, para pelajar dapat menilai sejauh mana ilmu yang dimiliki oleh mereka selama mereka mengaji/belajar sebelum ini. Dalam penilaian ini, tidak ada soalan spot seperti peperiksaan di sekolah. semuanya on the spot! Ilmu-ilmu yang dipunyai dikerah untuk menjawab soalan yang ditanya. Pening, tidak paham, tidak sempat menjawab dan seumpanya adalah kata-kata biasa yang akan terpancul dari mulut pelajar-pelajar setelah keluar dari dewan. erm.. kekadang saya pun mengeluh. hehe.

Bagi pelajar IRK (Islamic Revealed Knowledge), BARB (Bachelor in Arabic) dan Law Syariah, kami dikehendaki mengambil satu ujian lagi yang tidak diambil oleh pelajar aliran lain, iaitu APT Skills. Ada 4 kategori : Reading, Writing, Listening and Speaking. Yang paling ditakuti ialah semua kategori ini dalam bahasa Arab. Haih! Susah susah.

Merenung jawapan yang saya telah tuliskan dalam ujian, terdetik di hati, "Sikitnya ilmu yang saya ada. Haih, ini saja ke hasil 11 tahun saya mengaji?". Mengeluh. Itulah yang dapat saya lakukan dalam dewan peperiksaan. Walaupun begitu, meniru bukanlah tabiat saya. Lagipun, dengan suasana dan persekitaran yang baru, tidak ada seorang pun yang mahu namanya dikotori dengan gelaran 'si peniru'. Dan mungkin perkara inilah yang menjadikan dewan peperiksaan sunyi dari sebarang suara melainkan suara pengawas. Aman dan damai.

Otak diperah. Pensel digoyangkan. Kaki digerak-gerakkan. Kerusi dibetulkan. Itulah yang terpaksa dilakukan bila semua idea dan ilmu telah habis dicurahkan ke atas kertas peperiksaan. Pedih. Di geruni pula dengan bunyi detikan jam yang sentiasa bergerak tanpa henti. Berdebar.

Kehinaan dan kemaluan berterusan ketika ujian terakhir, Speaking. Hah? Bila kaki menjejak ke dalam dewan, bila badan direbahkan di atas kerusi, otak terus 'blank'. Dihadapan, seorang berbangsa Turki, sebagai pengujiku? Lemah-lemah. Walaupun begitu, soalan ditanya, jawapan dikemukan sedikit sebanyak. Banyak juga yang tergagap-gagap.

Begitulah hidup. Terasa aman. Ilmu tidak penting. Belajar bila perlu. Belajar untuk lulus ujian. Dah habis, hilang! Bila datang ujian baru, belajar lagi. Yang baru ingat, yang lama entah kemana. Hasilnya? Anda jawablah sendiri.

Begitulah juga dengan dunia. Terasa aman. Mati itu orang lain punya. Kita? Lambat lagi mungkin? 10-20tahun lagi. Kahwin pun belum. So, tidak perlu la bersiap-siap untuk jawab soalan mungkar nakir. Tidak perlu la ready untuk masuk syurga. Enjoy dulu la. Nanti tua, dah tak ada nikmat hidup dah. Bukankah begitu?

Renung-renungkanlah...

" ILMU DICARI, BUKAN DITUNGGU
UNTUK MATI, SIAPLAH OLEHMU "

Assalamualaikum.
"Always remember ALLAH"

3 yang kongsi idea:

Niji said...

satu lg entry yg sgt menginsafkan..
syabas!
rupanya byk lagi halangan yg perlu dilalui lepas tamat sekolah...
kalau nak dikatakan..
we will never stop learning!

tsaqif said...

sana napok pelik x kalu paka ppioh??
nk gi UIA etep eh...nak amik arabic literature.^^

Al-Mufakkir Hamidi said...

-Niji-
Terima kasih...
Belajarlah selalu... dan sentiasalah dalam keadaan berilmu...
seperti kata Rasulullah S.A.W : "Berlajarlah dari buaian hingga ke liang lahad"

-tsaqif-
di sini, nk pakai ape pun xpe. xde org kisah. org cina muslim pakai pakaian sukan utk solat, xde org marah pun.
baguslah, cuma, solat istikharah dulu la sebelum buat keputusan. Sesungguhnya keputusan dari ALLAH itu sebaik-baik keputusan.