Pages

Sunday, June 7, 2009

Kursus Bahasa Arab untuk ke MESIR ^^




Assalamualaikum

saya baru sahaja kembali dari Kursus Bahasa Arab...
yang diadakan selama 2 minggu + sehari = 15 hari... hoho

kursus ini tamat pada 6Jun (yakni semalam)
hari ini, sukacita saya untuk berkongsi pengalaman sepanjang saya berada di kursus...

Kursus ini bermula 23 Mei...
pemergian saya ke sana dengan penuh keazaman, yakni ingin memulakan bicara menggunakan bahasa Arab. Maklumlah, duduk di rumah tidak ada insan yang boleh berbalas-balas ucapan dalam bahasa Arab. Di sana, saya yakin yang saya akan mampu belajar dan bercakap bahasa Arab dengan lebih baik. InsyaALLAH.

Ayah saya bersama Ibu (atau gelarannya "Umi") menghantar saya ke YIK (Yayasan Islam Kelantan), lokasi untuk kursus ini. Penghantaran Umi dan Ayah ini sekali gus menghalang saya daripada membawa kereta ke kursus dan sekali gus menghalang saya daripada pulang ke rumah sepanjang kursus dijalankan. Ini adalah sebahagian rancangan saya, untuk membiasakan diri ini untuk hidup berdikari dan jauh dari ibubapa. Terima kasih kepada Umi dan Ayah kerana telah bersama-sama menjayakan niat murni saya ini... hoho

Setibanya saya di YIK, kelihatannya saya antara peserta yang terawal yang tiba. Jam telah menunjukkan 8.30pagi, yakni tempoh pendaftaran. Tapi, peserta yang tiba tidak begitu ramai. Mungkin mereka terlewat ? Atau sengaja lewat ? Manusia masa kini. *huh*

Selepas pendaftaran, kami diberi taklimat. Diberi serba sedikit tentang peraturan dan perjalanan kursus ini. Antara peraturannya ialah peserta hendaklah bercakap dalam bahasa Arab 100% sepanjang tempoh kursus, tidak kira sesama peserta atau tenaga pengajar, menanya ataupun menjawab. Tenaga pengajar juga akan memberi kuliah dalam bahasa Arab. Ah ? ini betul-betul menyeksakan. Tapi, inilah yang saya nantikan. "The world of Arabs"... hoho

selepas itu, kami dibahagikan kumpulan, diberi tempat penginapan, dan apa-apa yang patut. Alhamdulillah, saya sebilik dengan rakan-rakan yang *mantap* kata orang. Ada pelajar yang bijak dalam Arab, ada yang 'kaya', ada yang suka buat lawak, dan ada yang hensem (saya la tu) hoho... 4 orang sebilik.

Di dalam program kursus ini, banyak yang saya pelajari. Persahabatan, Pendidikan, Komunikasi, Perbezaan Pendapat, Persefahaman, Gurau Senda, Penjagaan Waktu, Perkongsian Pengalaman Hidup, Kebahagian, Kesedihan, Pertukaran Nombor Telefon, Perkenalan Baru, Perbahasan, Kegembiraan, dan banyak lagi.

Dalam kursus ini, ada pelbagai program menarik yang disediakan. Antaranya Dialog, Berkhutbah, Bercerita, Kerja Berkumpulan, 'Oral Speaking', Kuliah dan macam-macam lagi dimana semuanya dalam bahasa Arab. Ya, Bahasa Arab. Dengan program-program yang disediakan, saya dapat lagi memantapkan penggunaan bahasa ini dengan lebih fasih. Alhamdulillah.


~ Kuliah ~


~ Dialog dalam bahasa Arab ~


~ Pengajian dalam bahasa Arab ~


~ Berkhutbah dalam Arab ~

Pada malam hari pula, selepas solat Maghrib berjemaah, akan diadakan kuliah Maghrib. Peserta-peserta terpilih akan memberi kuliah mereka masing-masing. Dari sini, peserta dapat mempraktik diri mereka untuk memberi ucapan di hadapan orang ramai. Kuliah-kuliah atau dipanggil 'Tazkirah' yang diberi memang 'enak-enak' semuanya.

Program bermula seawal 8.00pagi hingga 10.30malam dengan selang beberapa masa antara tempoh itu. Memang meletihkan bagi mereka yang datang untuk bersuka-suka. Tapi, bagi saya, ini amat sempurna. Peserta-peserta sering berkejar ke sana ke mari untuk ke kuliah yang bermacam-macam. haha !!! "This so fun !"

Kursus ini diakhiri dengan program 'Oral Speaking' dalam bahasa Arab. 4Kumpulan, 4persembahan. haha. macam-macam ragam ada. ^^

~ Oral ~

Selepas itu, majlis penutup diadakan. Ada ucapan. dan akhir sekali, masa yang ditunggukan oleh para peserta, yaitu pembahagian sijil dan hadiah. 3 Pelajar terbaik dipilih :
1. Junaid
2. Mohd Faiq
3. Ahmad Syakir
Tahniah diucapkan kepada mereka bertiga, teruskan berusaha berbahasa Arab. Dan kepada yang kurang berjaya (termasuk saya), jangan berputus asa. Kejayaan bukanlah untuk 2 minggu sahaja. Tetapi, untuk selama-lamanya. Dan kejayaan yang paling besar ialah *SYURGA*.

Selepas itu, peserta-peserta dibenarkan pulang kerumah masing-masing.
Assalamualaikum...

-------------------------

Pengajaran yang diperolehi daripada kursus ini :

1. Niat
Sentiasalah betulkan niat anda. Jikalau tidak, anda akan tewas dalam perjuangan. Dalam kursus ini, ramai pelajar yang ponteng kelas kerana kepenatan pada pertengahan kursus. Ramai juga pelajar yang pulang ke rumah walaupun telah dilarang berbuat demikian. Ini berlaku kerana mereka datang bukan kerana untuk belajar, tetapi untuk bertemu rakan, untuk mengisi masa lapang, untuk bersuka-ria, untuk keluar dari rumah dan 1001 alasan lagi. Jikalau niat mereka betul yakni belajar kerana ALLAH, sudah pasti keadaan ini tidak akan berlaku.

2. Persahabatan
Di kursus ini, pelbagai ragam peserta yang boleh dilihat. Ada yang cergas, ada yang lembab. Ada yang kuat berbicara, ada yang pendiam. Ada yang bijak, ada yang lemah. Ada yang rajin, ada yang suka ponteng. Macam-macamlah katakan. Oleh itu, seseorang haruslah pandai memilih kawan yang sesuai, yaitu kawan yang suka berusaha di jalan yang benar, yakni belajar kerana ALLAH. Begitu juga dengan saya. Saya telah menemui banyak rakan-rakan dengan pelbagai macam sifat dan gaya. Inilah keindahan dalam persahabatan. Yang kuat membantu, yang lemah dibantu. InsyaALLAH semuanya akan berjaya bersama-sama.

3. Kekuatan
Kekuatan fizikal, mental dan rohani. Dengan fizikal sahaja, peserta hanya kuat bersukan sahaja, tetapi lemah dalam menghadiri kelas-kelas pengajian kerana kepontengan. Dengan mental sahaja, peserta akan tidak berjaya untuk menghadiri kuliah-kuliah yang banyak kerana kekurangan tenaga. Dengan rohani sahaja, peserta hanya akan suka belajar sahaja, tetapi sukar untuk mengamalkannya kerana kekurangan tenaga luaran dan dalaman. Oleh itu, setiap dari kita haruslah memiliki ketiga-tiga kekuatan ini. InsyaALLAH kita akan berjaya.

4. Kesabaran
Orang yang kurang sabar sukar untuk berjaya. Mungkin juga tidak akan berjaya. Hanya mereka yang mempunyai kesabaran yang kuat akan berjaya mengharungi pelbagai macam halangan dalam menempuh dugaan hidup menuju kejayaan abadi. Ketahuilah olehmu, bahawa kejayaan akan datang selepas kamu berjaya harungi halangan yang telah ditetapkan olehmu. Maka bersabarlah! Sesungguhnya ALLAH menyukai orang yang sabar.

5. Kejujuran
Sifat ini adalah amat penting. Lebih-lebih lagi dalam persahabatan. Orang yang tidak amanah biasanya akan dicemuh dan dihina. Dan yang lebih teruk lagi, akan kehilangan kepercayaan orang lain keatasnya. Alhamdulillah, sepanjang kursus ini, saya mendapati 'roomates' saya semuanya boleh dipercayai. Begitu juga dengan 'classmates' saya dan kawan-kawan saya yang lain. Saya juga ingin berterima kasih kepada mereka kerana percaya akan saya

-------------------------

Akhir kata,
"Hidup ini tidak seindah yang kamu impikan"


Assalamualaikum.

2 yang kongsi idea:

Anonymous said...

Assalamualaikum WBT. Kenal x ni sape? Izzat. Sampai hati Hamidi (perasan) Hensem x sebut nama ana. Hmmm... Insya-Allah, ana pun akan buat blog yang aktif sentiasa. Sebab, yg ana dah buat, x berapa aktif la.

Al-Mufakkir Hamidi said...

Waalaikumussalam WBT. Kenal2...hoho

lolz... nak sebut ker ? xyah la... lain la kalau ade faedah... :P hehe jangan marah don.

buat la, nanti bagi tau yer... Semoga berjaya !