(Gambar hiasan semata-mata)
17 Jun (Rabu)
Seperti biasa, setiap pagi saya bersiap-sedia untuk memandu kereta ke Bandar. Untuk apa ? Sekolah lagi kah ? Tidak! Untuk menjadi drebar kepada adik saya yang sekarang menuntut di Sekolah Menengah. Tugas menghantar adik bersama 3 lagi kawannya (yang tinggal sekampung) ini dipikul oleh saya. Tetapi, kadang-kadang tugas ini diambil oleh ayah ataupun abang saya.
Dikisahkan, pada hari ini berlaku sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah hidup saya. Dalam perjalanan ke sekolah adik, di hadapan lampu isyarat, datang sebuah kereta dari arah yang bertentangan membelok dengan pantas melintasi hadapan kereta yang dipandu oleh saya untuk memasuki ke satu lorong. Kepantasan kereta ini tidak dapat dilihat oleh seorang penunggang motorsikal. Akibatnya, penunggang ini tidak sempat melakukan emergency brake. Gabungan kepantasan kereta itu dan ketidak bersediaan motorsikal ini mengakibatkan satu pelanggaran yang tidak disangka-sangka.
Pertemburan kereta ini dengan bahagian tayar hadapan motosikal (Alhamdulillah kerana masih belum sampai ke tahap yang serius) betul-betul berlaku di hadapan kereta saya. "Duusshhh!!!" Satu bunyi yang amat kuat menggegarkan kesibukan di kota pada waktu itu. Terpikir dalam hati untuk berhenti dalam menjenguk keadaan mangsa. Tetapi, hasrat itu harus dipadamkan kerana saya masih ada tugas untuk dilaksanakan. Menghantar penumpang-penumpang kereta ke destinasi mereka. Oleh itu, saya terpaksa meneruskan perjalanan.
Selepas selesai tugasan yang diamanahkan, igauan kemalangan yang baru sahaja berlaku itu masih bermain-main di minda ini (sehinggalah sekarang). Terpikir oleh saya, kemalangan ini langsung tidak dirancang oleh mana-mana pihak. Tetapi, kenapa ia tetap berlaku ?
Samalah juga dengan satu kisah selepas peristiwa ini, apabila saya melangkah keluar dari tandas masjid, saya tergelincir akibat kelicinan lantai tandas. Aduh! Sakit punggung dibuatnya. Nasib baiklah masa itu hanya seorang insan sahaja yang berhampiran. Kalau tidak, malu dibuatnya. Hehe.
Hidup ini umpama roda, ada kala di atas, ada kala di bawah
Ya ! Ketahuilah olehmu, wahai pembaca sekalian, bahawa hidup ini tidak sentiasa di atas. Akan datang dalam hidup kita, satu masa yang kita tidak sangkakan. Contohnya, penunggang motorsikal ini langsung tidak merancang dan tidak pernah terfikir bahawa dia akan terlibat dalam satu kemalangan yang juga (mungkin) tidak dirancang sama sekali oleh mana-mana pihak.
Begitulah dengan kehidupan. Sekarang kita merasakan kehidupan kita amat tenang sekali. Tiada gangguan. Apa sahaja yang dihajati, diperolehi dengan mudah. Kawan-kawan sekeliling pinggang. Duit ? No hal! Bak kata orang, "Segalanya perfect!" Ya! Semua sempurna. Kehidupan kita seperti syurga. Langsung tidak terasa perit kehidupan.
Maka, tanpa disedari, ALLAH mendatangkan ujian kepada hamba-hambaNya. Ujian ini menerjah ke dalam kehidupan kita secara mengejut. Dalam keadaan kita berwaspada ataupun tidak. Dan ketahuilah olehmu bahawa ujian ALLAH itu berdasarkan pada tahap keimanan hambaNya. Semakin tinggi dan kental iman seseorang, semakin kuat ujian dan dugaan yang menimpanya.
Adapun ujian ini datang disebabkan 3 perkara (berdasarkan ilmu yang saya peroleh) :-
1. Untuk menguji tahap keimanan seseorang. Melalui satu-satu ujian itu, manusia akan dapat mengetahui sejauh mana iman dan kemampuan yang telah mereka kecapi. Dan apabila dikatakan bahawa semua ujian dan dugaan yang kita tempuhi ini berdasarkan keimanan dan kemampuan kita, ketahuilah olehmu bahawa kita akan mampu untuk mengatasi dan menyelesaikannya. Yang tinggal hanya cara Bagaimana kita selesaikan masalah hidup ini ?
2. Sebagai penghapus dosa. Melalui ujian, ALLAH memberi laluan/peluang kepada hambaNya untuk menebus dosa-dosanya. Ujian melatih kita untuk bersabar dan mencari jalan keluar daripada kongkongan permasalahan tersebut. Dan ketahuilah olemu, apabila seseorang itu mempunyai masalah kehidupan, maka kembalilah kalian kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Dari sini, kamu akan mengetahui cara yang sesuai, berlandaskan Islam, untuk menyelesaikan masalah tersebut. InsyaALLAH.
3. Kerana ALLAH berharap dan rindu pada doa dan tangisan hamba-hambaNya yang soleh. Dalam satu hadis Qudsi, (maksudnya) Malaikat menanya Tuhan, "Ya ALLAH, mengapa engkau masih tidak memaqbulkan doa hambamu ini, sedangkan tiap-tiap malam dia sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan dan bantuan dari-Mu. Firman ALLAH S.W.T., "Kerana aku rindu pada tangisan dan pengharapan dari hamba-hamba-Ku".
Sahabat-sahabatku sekalian, bilamana kamu menerima satu petaka atau ujian, bersabarlah dan kembalilah pada jalan yang benar. Carilah jawapan kepada masalah kamu itu dengan doa dan pengharapan kepada Tuhan Yang Maha Esa. Dan mengadulah padaNya setiap dari masalah-masalah kamu. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar. Semoga setiap titisan air mata mu akan menjadi saksi kepada mu pada Hari Kebangkitan sebagai bukti kamu pernah memohon perlindungan dan belas ihsan daripada-Nya. Moga-moga, ALLAH memasukkan kita semua dalam golongan yang sentiasa mengharapkan pertolongan dari-Nya. Dan sentiasalah bertaubat selagi pintu taubat masih dibuka. Wahai sahabatku !
كل داء دواء الا موت
"Setiap penyakit (masalah) itu ada ubatnya (penyelesaian), kecuali mati"
"Always remember ALLAH"
"Setiap penyakit (masalah) itu ada ubatnya (penyelesaian), kecuali mati"
Semoga menjadi iktibar untuk diri penulis dan para pembaca. Segala yang baik datang dari ALLAH, dan yang buruk itu dari kelemahan penulis. Salah dan silap harap ditegur dalam memperbaiki tulisan penulis.
(p/s : Nantikan entri seterusnya, yang berjudul "Kemalangan II - Penyedar mimpi". Dengan ulasan-ulasan yang menarik mengenai kemalangan yang dialami oleh penulis sendiri. InsyaALLAH)
Assalamualaikum.
(p/s : Nantikan entri seterusnya, yang berjudul "Kemalangan II - Penyedar mimpi". Dengan ulasan-ulasan yang menarik mengenai kemalangan yang dialami oleh penulis sendiri. InsyaALLAH)
Assalamualaikum.
2 yang kongsi idea:
ya, saya setuju bhw ujian Allah tu dtg scr mengejut tanpa petanda.. sy pernah kehilangan brg yg diamanahkan kpd sy oleh seorg sahabat.. brg tu sgt bernilai.. sy kini sedar bhw benda yg diamanahkn kpd kita kene jg sebaik mungkin..
kemudian, sejk kejadian tu.. ukhuwwah kami mnjd renggang.. sy dh x blh berkomunikasi dgn dia scr biasa.. mesti ade perasaan serba salah..
Berdoalah pada ALLAH.
Kerana ALLAH adalah sebaik-baik tempat mengadu.
Post a Comment