Pages

Friday, June 12, 2009

Belajar - Suka @ Paksaan ?

Assalamualaikum.

Pada entri kali ini, suka saya untuk berkongsi sedikit sebanyak tentang sikap penuntut ilmu terutamanya pelajar sekolah, khususnya pelajar sekolah menengah.




Diketahui bahawa pelajar-pelajar akan meringkuk dalam penjara pembelajaran sekolah menengah selama 5 tahun paling kurang. Pada tahun 3 pertama, yakni tinkatan 3, pelajar akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan pada tingkatan 5, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagi yang bersekolah agama, pada tahun ke-2 dan ke-4, mereka akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah Ugama (PMRU) dan Sijil Menengah Ugama (SMU) pada tahun masing-masing.

Genap lima tahun, pelajar boleh memilih samada untuk meneruskan pengajian di Sekolah Menengah di tingkatan 6 untuk menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tingkatan 6 bawah, atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tingkatan 6 atas, atau kedua-duanya sekali. Tetapi, pelajar juga boleh memilih untuk teruskan pengajian samada ke Universiti Dalam atau Luar, Matrikulasi atau Kolej Swasta. Semuanya bergantung pada pencapaian pelajar dalam SPM dan keinginan dan kemahuan pelajar itu sendiri.

Baiklah. Semua keputusan untuk menyambung pengajian itu pilihan pelajar itu sendiri serta berdasarkan pencapaian mereka dalam SPM. Tidak cukup dengan ini, mereka juga memerlukan pencapaian yang baik dalam ko-kurikulum untuk memasuki Universiti yang baik. Jikalau tidak, pilihan mereka mungkin akan berkurangan.

Bagi kebanyakan pelajar yang cemerlang, pilihan utama mereka tentulah meneruskan pengajian ke luar negara atau lebih popular disebut 'oversea'. Jikalau tidak dapat, mereka akan mencuba nasib di IPTA. Seterusnya di IPTS. Jika ketiga-tiga pilihan ini tidak dapat dicapai, mungkin disebabkan keputusan yang buruk dalam SPM atau kos yang ditawarkan tidak sesuai dengan citarasa, mereka akan lebih cenderung untuk memasuki ke Matrikulasi. Dan akhir sekali, yang kurang bernasib baik akan terus kekal di tingkatan 6 untuk mengambil STAM atau STPM atau kedua-duanya.

Tapi, ini adalah pandangan untuk 'kebanyakan' pelajar sahaja. Bukan semua! Ini kerana, seperti yang disebutkan sebelum ini, kemasukan ke universiti itu terletak atas kemahuan pelajar itu sendiri. Masih ada sebilangan kecil pelajar-pelajar cemerlang yang terus menetap di tingkatan 6 atas sebab-sebab tertentu. Alhamdulillah, penulis juga terus menetap di tingkatan 6 bawah untuk mengambil peperiksaan STAM walaupun 'result' yang diperolehi dalam SPM boleh dikatakan memuaskan dan layak untuk memohon pengajian di universiti.

Apa yang ingin dipersoalkan di sini ialah, adakah pelajar-pelajar lepasan SPM ini mempunyai ilmu yang cukup bagi diri mereka sendiri terutamanya, bagi meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi ?

Ingin dikisahkan, pada malam semalam, penulis mengadakan kelas tuisyen 'Additional Mathematics' seperti biasa. Setiap hari Khamis malam Jumaat, Tuition Ice Blenz akan membuka kelas untuk subjek ini kepada sesiapa yang berminat dengan bayaran yang tertentu. Penulis telah dilantik sebagai tenaga pengajar di kelas tersebut. Alhamdulillah.

Kembali kepada apa yang ingin diceritakan, pada malam itu, penulis mengadakan sesi 'Revision' ataupun dikenali sebagai 'Pengulangan' dalam bahasa Malaysia. Dalam kelas itu, penulis mengenakan beberapa soalan yang asas kepada para pelajar. Setelah diberi tempoh beberapa minit untuk menjawab soalan tersebut, tiada seorang pun yang mampu untuk menjawabnya. Sedih dan amat mengecewakan.

2 minggu yang lalu, sebelum cuti sekolah, penulis telah mengajar pelajar teknik-teknik untuk menjawab soalan tersebut (yakni di bawah tajuk 'Indices and Logarithms'). Dan apabila ditanya kepada mereka, mereka mengangguk tanda faham. Kefahaman mereka lebih jelas terpancar apabila mereka mampu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan kepada mereka termasuklah beberapa soalan koleksi SPM yang lepas di bawah tajuk pembelajaran.

Tetapi, itu 2 minggu yang lalu. Kini, pelajar-pelajar ini seolah-olah baru hendak belajar bertatih semula dalam topik ini. Seolah-olah mereka belum belajar apa-apa pun sebelum ini. Padahal 2 minggu yang lalu mereka mampu menjawabnya dengan baik. Lebih-lebih lagi mereka adalah pelajar tingkatan 5 dan topik ini berada dalam sukatan pelajaran tingkatan 4. Sudah pasti mereka telah belajar di sekolah akan topik ini.

Malang seribu malang. Pelajar yang bercuti selama 2 minggu, seolah-olah telah meludah kembali semua ilmu yang dipelajari mereka sepanjang tempoh bercuti. Sesi 'Pengulangan' atau boleh juga dipanggil 'Latihan' ini, menampakkan kelemahan pelajar itu sendiri. Adakah mereka ingin menyalahkan CUTI? atau TUHAN kerana melemahkan mereka? atau GURU kerana tidak tahu mengajar? atau DIRI MEREKA sendiri? Tanyalah diri sendiri dan jawablah persoalan ini.


(inilah soalan-soalan yang ditujukan kepada para pelajar)

Pada malam itu, saya dapat membuat beberapa kesimpulan. Antaranya, kebanyakkan pelajar masa kini, belajar kerana untuk cemerlang dalam peperiksaan. Dalam bahasa Inggeris, ini disebut sebagai 'Exam-Oriented Learning'. Mereka pelajari sesuatu ilmu bukan untuk masa depan, tetapi untuk sekadar lulus dalam peperiksaan. Selepas tamat peperiksaan, ilmu-ilmu ini seolah-olah dicampak ke tanah dan dibiarkan.

Ada beberapa pelajar dari kalangan sahabat penulis sendiri yang masih mencari penulis untuk mempelajari ilmu khususnya Matematik. Walaupun pengajian mereka melebihi apa yang penulis belajar, mereka seolah-olah tidak mengerti apa yang mereka pelajari. Banyak penerangan yang perlu diberikan kepada mereka agar mereka memahami semula pelajaran Matematik ini. Walaupun begitu, penulis hanya mampu memberikan asas-asas dan tips-tips yang tertentu kepada mereka kerana sukatan mereka lebih tinggi apa yang penulis belajar. Walau bagaimanapun, usaha mereka patut dipuji kerana masih lagi berminat untuk mengaji walaupun sukar.

Kesimpulannya, kebanyakkan (bukan semua) pelajar pada hari ini, belajar untuk peperiksaan. Melalui peperiksaan ini, mereka akan memperoleh sijil. Dengan sijil, mereka akan memasuki universiti untuk meneruskan pengajian. Di universiti, mereka akan dilanda masalah dalam pembelajaran kerana sukar untuk memahami. Dari sini, kemalasan belajar akan timbul dalam hati penuntut-penuntut universiti (bukan semua). Kemudian, mereka akan mudah terpengaruh dengan ajakan rakan untuk ponteng kuliah. Sekali gus melibatkan diri mereka dalam masalah sosial. Akhir sekali, mereka berpotensi besar (bukan semestinya) untuk rebah di kaki-kaki maksiat dan dadah.

Teks ini ditulis selepas penulis selesai membaca blog karangan Tun Dr Mahathir Mohamad di bawah tajuk 'SEKOLAH'. Boleh klik di sini untuk membacanya.

--------------------------------

Pesanan dari penulis :

1. Belajarlah ikhlas kerana ALLAH. Bukan kerana sijil atau pencapaian yang cemerlang sahaja.
2. Belajarlah sehingga ke akhir hayat. Bukan sehingga tamat peperiksaan.
3. Belajarlah berlandaskan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah. Bukan berdasarkan 'Exam-oriented Learning' semata-mata.
4. Belajar setiap masa. Bukan bila rasa perlu.

Rasulullah S.A.W bersabda : "Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

--------------------------------

- Segala yang baik datang dari ALLAH, yang buruk dan kurang itu dari saya. Segala komen-komen yang membina dialu-alukan. Segala kelemahan dari penulisan saya harap dimaafkan. Diharapkan entri ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Assalamualaikum.
"Always remember ALLAH"

2 yang kongsi idea:

niji said...

setelah membaca entry saudara, terdetik sst yg x leh digambarkan dlm hati ni. Ana slalu jer fikir utk blaja klu dkt exam ja..kata2 saudara yakni,
"Belajarlah sehingga ke akhir hayat"
sgt memberi kesan yg mendalam dlm diri ana.
terima kasih byk2.. ana akn cuba mengikhlaskan dri utk blaja krn Allah.

Dr Hamidi said...

Alhamdulillah. Moga-moga ALLAH membuka hati kita untuk ikhlas dalam belajar kerana DIA.

-Terima kasih kerana sudi melawat blog ini-

There was an error in this gadget