" Walau apa pun impian anda, kami tunaikan dalam masa tiga bulan sahaja! "
Pembaca budiman,
Tertarik saya untuk berkongsi bersama anda mengenai sebuah novel yang cukup menyayat hati. Novel ini penuh dengan suspen dan debaran. Olahan ceritanya amat menarik walaupun gaya bahasa yang digunakan agak 'simple', yakni tidak ada banyak bunga-bunga bahasa. Penulis menyampaikan sesuatu maklumat directly. Walau bagaimanapun, tahniah kepada Ain Maisarah kerana dapat menghasilkan novel yang bermutu tinggi serta mempunyai banyak pengajaran yang tersurat dan tersirat.
Novel ini dimulai dengan perjumpaan bekas-bekas pelajar SMK Sri Bangsar, atau lebih popular dipanggil dengan 'reunion'. Dalam novel ini, tidak ada watak utama yang khusus. Semua watak kelihatan sama sahaja dari segi kekuatan sebutannya.
Antara bekas pelajar SMK Sri Bangsar ialah Shasha, seorang yang gemuk dan gempang, yang mempunyai berat lebih kurang 92kg. Seterusnya, Linda, seorang guru sekolah rendah yang mempunyai taraf hidup yang sederhana dan mempunyai tunang. Kemudian Nana, seorang yang mempunyai kulit hitam manis tetapi bermasalah dengan keluarga. Watak lelaki pula ialah Fahrin, seorang bekas atlit di SMK Sri Bangsar suatu masa dahulu dan agar diminati ramai. Telah pun berkahwin dengan Farah, juga bekas pelajar sekolah yang sama.
Watak antagonis pula ialah Mimi Monira. Seorang yang dahulunya amat gemuk sehingga digelar sebagai Mimi Badak Air ketika di sekolah dahulu dan sering diejek dan dihina oleh pelajar-pelajar SMK Sri Bangsar terutamanya kumpulan The Wannababes yang dipunyai oleh 7 pelajar perempuan yang cantik-cantik dan kaya-raya, yaitu Shasha, Linda, Nana dan 4lagi kawan mereka. Tetapi Mimi sekarang bertukar menjadi seorang yang mempunyai bentuk badan yang amat langsing sehingga dia digelar sebagai Mimi Pinggang Kerengga.
Kisahnya bermula dengan pertemuan bekas-bekas pelajar SMK Sri Bangsar di sebuah hotel. Di sana, mereka berkenalan-kenalan antara satu sama lain setelah 10tahun berlalu. Kehadiran Mimi Monira yang ramping amat mengejutkan semua yang hadir. Ramai yang bertanya akan perubahan yang berlaku pada Mimi, terutamanya Shasha.
Dari situ, Mimi memperkenalkan sebuah syarikat yang telah membantu dia dalam proses pelangsingan badannya, iaitu Syarikat Impiana. Mimi mengatakan syarikat ini mampu merealisasikan apa sahaja impian yang dihajati dalam masa 3 bulan sahaja.
Pulang daripada majlis itu, Shasha terus menerokai internet dan mencari laman web Syarikat Impiana yang telah diberikan oleh Mimi. Shasha syok dengan penerangan Mimi dan menjadi lebih tertarik bila membaca segala info dalam laman web tersebut. Shasha tanpa berlengah lagi, dia terus mendaftar namanya untuk merealisasikan impiannya, iaitu menurunkan berat badannya dari 92kg ke 50kg.
~ Segala Impian anda akan tercapai... Walau dengan apa jua cara sekalipun! ~
Diringkaskan cerita, Linda turut mendaftar untuk mendapatkan aset bernilai rm1 juta. Nana berdaftar untuk menjadi lebih cantik daripada kakaknya, Zana yang dikatakan mempunyai rupa wajah yang perfect. Fahrin, seorang perokok tegar, berdaftar untuk tidak merokok selamanya atas permintaan isterinya, Farah.
Semasa dalam proses perubahan ini, Shasha, Linda dan Nana telah terkeluar dari batas syariat. Bila mana mereka merasakan Impiana akan mampu merialisasikan impian mereka sehinggakan mereka lupa pada Tuhan yang Satu.
Walau bagaimanapun, setiap impian yang hendak dicapai akan ada ujian yang perlu ditempuhi sebagai balasan kepada impian yang dikejar/dicari. Ya! Begitu juga mereka. Impiana akan melakukan apa sahaja supaya impian pelanggan mereka tercapai.
Dipendekkan cerita,
Shasha terpaksa meringkuk dalam penjara selama sebulan setengah dan terpaksa melakukan exercise yang berat pada tempoh yang baki. Dan ayahnya menjadi taruhan jika dia tidak dapat melakukan kerja yang diberikan oleh Impiana pada masa yang ditetapkan.
Linda pula kehilangan kedua ibubapanya serta tunangnya dan juga kedua matanya sebagai pampasan kepada insuran yang bernilai rm1 juta.
Nana pula memiliki kulit kuning langsat tapi pada masa yang sama, kakaknya, Zana menjadi gila apabila dia tidak dapat menerima hakikat mukanya hancur akibat rancangan jahat Syarikat Impiana.
Fahrin pula dijadikan gila oleh Impiana dan kemudiannya dia dimasukkan ke Hospital Gila untuk selamanya kerana disitulah satu-satu tempat dimana dia tidak akan merokok untuk selama-lamanya.
Keempat-empat mereka menderita selepas 3bulan yang dijanjikan oleh Impiana. Shasha, Linda dan Nana segera ke rumah Mimi Monira untuk mohon penjelasan. Maka Mimi dengan kasarnya menjawab, "Ini sebagai dendam yang telah lama aku pendamkan semenjak kamu semua menghina dan mengejek aku ketika di sekolah sehingga aku dimalukan oleh semua pelajar dan sehingga aku dikeluarkan dari sekolah!"
Mimi Monira menyambung, "Inilah balasan bagi orang yang tidak tahu bersyukur. Tuhan telah memberikan pada mereka nikmat-nikmatNya, tetapi, mereka masih mahukan yang lebih!"
-Tamat-
Akan bersambung di IMPIANA 2.
(buku novel bahagian 2 belum lagi kupunya. Nanti belilah...hoho)
*p/s untuk mengetahui kisah ini sepenuhnya ? Belilah dan bacalah buku ini...^^
--------------------------
Pengajaran yang boleh dipetik :
1. Sentiasalah BerSYUKUR pada nikmat-nikmat yang telah diberikan oleh ALLAH.
2. Berpuas hati dengan apa yang dimiliki.
3. Jangan suka membuli dan menganiyai orang yang lemah.
4. Jauhi daripada sifat DENDAM.
5. Bantulah kawan yang dalam kesusahan.
--------------------------
Assalamualaikum...Pengajaran yang boleh dipetik :
1. Sentiasalah BerSYUKUR pada nikmat-nikmat yang telah diberikan oleh ALLAH.
2. Berpuas hati dengan apa yang dimiliki.
3. Jangan suka membuli dan menganiyai orang yang lemah.
4. Jauhi daripada sifat DENDAM.
5. Bantulah kawan yang dalam kesusahan.
--------------------------
"Always remember ALLAH"
0 yang kongsi idea:
Post a Comment