Pages

Tuesday, July 13, 2010

Sibuk? atau diSibukkan?

Assalamu'alaikum...

Salam Sejahtera kepada para pembaca.
moga berada dalam lingkungan sejahtera senantiasa...



Bila ditanya,
jom buat ini, jom buat itu.
Jawab mereka,
"Maaf. tak sempat la!"

Bila diajak,
"Jom, solat kat masjid."
Mereka balas,
"Jauh la. kat bilik pun dah OK"
atau ini,
"Letih la. Rehat kejap."

Bila ditanya lagi,
"apa yang sibukkan kamu?"
Mereka kelu,
"er... Ada la."
juga pernah terdengar kata mereka,
"Maaf Midi, ada ape? Aku sekarang sibuk sokmo!"

Terdetik di hatiku,
"Sibuk urusan dunia? Atau Ukhrawi?"

Manusia... manusia...
Apa yang menyibukkanmu?
Ketaatan kepada Allah?
atau,
kecintaan kepada Dunia?
atau kasih sayang untuk Diri Sendiri?

--------------------------------


Jom sama-sama merenung,
tentang masa dan Islam.
dalam,

-----------------------------

Firman Pencipta kita,
"Demi masa. Memang betul-betul bahawa manusia itu dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman, yang beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran."

"Allahumma, jadikanlah aku sebahagian daripada mereka dalam Firman-Mu itu!"


Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

0 yang kongsi idea: