Pages

Sunday, July 4, 2010

Hebat tak pokok ?

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera buat para pembaca yang dikasihi,
moga-moga kita tergolong dalam 7 golongan yang berada di bawah Naungan Allah kelak,
insyaAllah.


Sekejap tadi aku terpikir,
hendak melakar cerita apa,
untuk entri terbaru.

Terpikir untuk menyambung 'Pembinaan Jiwa',
tetapi terdapat sedikit masalah padanya,
terpaksa ditangguhkan dulu entrinya.
MAAF.

-----------------------

Seperti biasa,
biasanya aku akan membuka laman-laman blog lain dahulu,
dan aku tertarik untuk membaca satu entri,
dari laman blog Ummu Husna,
bertajuk : BELAJAR DARI PASIR.

Aku begitu teruja melihat tajuknya,
terus klik untuk mengetahui isi kandungannya.

PUAS.
Alhamdulillah.
Banyak lagi yang perlu aku pelajari,
belajar dari Alam Ciptaan Allah.

-------------------------

2 hari lalu,
pada pagi itu,
aku menghantar satu SMS kepada seorang teman baru,
yang sedang mencari keampunan dari Tuhannya,
juga Tuhanku.

DAUS.
itulah gelarannya yang diperkenalkan kepadaku.

Aku bermain mesej dengannya,
untuk seketika,
sehinggalah aku menanyakan tentang emelnya.

Dia membalas,
mengantar alamat emelnya kepadaku.
Aku tersenyum melihat alamat emelnya,
bukan mengejek,
atau kelakarnya alamat itu,
tetapi kagum,
melihat alamat emel yang jarang dipunyai oleh orang lain.

BERANI.
itulah permulaan alamatnya.
dan diikuti dengan angka 98.

Aku bertanya,
apa erti 98?
Dia menjawab,
tiada yang istimewa.

---------------------


"Kamu ni. Apabila buat sesuatu biar ada makna, walaupun sekecil-kecil perkara."
Aku menegurnya,
sebagai satu permulaan untuk membina dirinya,
serta sebagai tazkirah untukku.

"Kalau Daus, hanya kata-kata atau (maaf lupa) yang akan jadi perangsang"
Dia membalas mesejku.
Mungkin protes,
atau mungkin juga mengujiku.

"Cuba Daus up kan lagi kebolehan Daus. Biar jadi luar biasa. Biar apa saja yang Daus tengok jadi perangsang kepada jiwa dan hati Daus."
Balasku kepadanya.
Ingin melihat reaksinya.
Biasanya kita dapat menilai seseorang melalui jawapan yang diberi olehnya.
Makin unik jawapannya,
makin istimewalah orangnya.

"Contohnya?"
Dia bertanya.

"Bila tengok sebatang pokok di tengah-tengah kota, apa Daus fikir?"
Aku menguji,
melihat tahap kematangan pemikirannya,
juga kekuatan fikrah islaminya.

"Pelik...? Hebat...? dan apa lagi yer...?"
Dia memerah otaknya,
cuba mengutarakan jawapan terbaik,
pikirku.

"Macam mana Daus nak terapkan ke'pelik'an dan ke'hebat'an pokok itu ke dalam jiwa Daus?"
Aku terus mengasaknya.

"Pelik kerana hanya ada sebatang pokok. Hebat kerana dapat terus bertahan."
Dia cuba meleraikan kekeliruan.
Tetapi,
Aku masih tidak berpuas hati.

"So macam mana nak belajar semangat dari pokok (itu)? Apa kaitannya dengan diri kita?"
Aku cuba menyelami lagi kematangan lelaki ini.

(Jawapan yang tepat sudah saya deletekan, tetapi ini sebagai kesimpulan dari jawapannya)
"Teruslah hidup dan bertahan ditengah-tengah orang ramai, walaupun keseorangan. Bak pokok itu manusia, manusia itu pokok."
Dia sekali lagi menjelaskan idea bernasnya.

Aku tersenyum,
melihat mesejnya,
dapat ku bayangkan,
bagaimana reaksinya,
bagaimana susahnya dia memerah idea,
semata-mata mencari jawapan terbaik dan terhebat.

-----------------------



"Alhamdulillah. Kira dah paham la tu. Tapi apa kata kita pikir sesuatu yang sedikit LUAR BIASA."
Aku memulakan pendahuluan pandanganku.
Kemudian aku menjelaskan kepadanya,
apa istimewanya pokok itu...

"Pokok itu berada di tengah-tengah kota. Tahu tak apa orang kata kat pokok tu? "Tak ada makna pun. Kalau pokok itu tak ada pun, tak apa. tak menyusahkan kami (manusia) pun." Tapi apa hebatnya pokok ini? Hebatnya pokok ini ialah 'dia' tak pernah pun meminta pujian dari orang awam/ramai. Malahan dikutuk lagi (oleh mereka). Tapi, dia tetap bertahan. Bahkan yang lebih hebat lagi, sedar atau tak, pokok ini telah menghijaukan sedikit sebanyak tempat tersebut. Sejuk mata memandang. 'Dia' juga menyediakan tempat berteduh kepada yang kepanasan. 'Dia' tetap berbakti, dan terus berbakti. walau tidak dipandang manusia. Biar dihina, diejek, dimaki, 'dia' tetap teguh berkhidmat kepada manusia.Apa yang 'dia' harapkan (hanyalah) REDA ALLAH semata-mata. Kerana 'dia' tahu itulah tugasnya. Tapi kita? manusia sering lupa lupa tugasnya sebagai seorang Hamba Allah. Jadi, belajarlah dari pokok tersebut."

Jawabku,
dengan ilmu dan ilham dari Allah,
daripada-Nya lah,
dan kepada-Nya ilmu-ilmu dunia,
dan juga ilmu-ilmu Akhirat.

--------------------

"Jadikanlah sekeliling kita sebagai pembakar semangat untuk kita terus berjuang. Kenapa? Kerana semua di muka bumi ini ciptaan Allah, dan Allah tak akan sekali-kali mencipta sesuatu yang sia-sia, melainkan ciptaan-Nya itu ada makna (tersendiri). Cuma akal manusia itu saja yang lemah nak pikir kehebatan ciptaan Allah. Kenapa lemah? Kerana mereka sering lupa pada Allah."
Aku merumus perbicangan kami.

Aku tersenyum.
dapat berkongsi ilmu,
juga sebagai tazkirah hari ini.

Biarlah setiap hari,
kita mendengar tazkirah,
tak pun,
memberi tazkirah.

Kenapa?
Kerana manusia itu mudah lupa.

So,
hebat tak pokok?

HEBAT!

-------------------------

Sebagai perkongsian,
juga sebagai kenangan mesej bersamanya, Daus.
Seorang yang hebat,
bagiku.
Aku akan banyak belajar darinya.
Tidak sabar untuk bersua muka dengannya.

Assalamu'alaikum...

"Always remember ALLAH"

0 yang kongsi idea: