Pages

Tuesday, September 29, 2009

Cuti Raya

Assalamualaikum...

Bertemu lagi...
Sebelum itu, masih tidak terlewat jika saya ingin mengucapkan



"SELAMAT HARI RAYA EIDIL FITRI"


Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kerana blog ini sepertinya telah bersarang lebat dengan sarang labah-labah. Sebenarnya, saya telah menulis satu entri untuk disiarkan sempena Hari Raya Eidil Fitri ini. Tetapi, disebabkan masalah teknikal, saya terpaksa menyimpannya terlebih dahulu. InsyaAllah, akan disiarkan dalam tempoh terdekat. Sekali lagi, Maaf Zahir dan Batin.

Pada kali ini, suka saya untuk berkongsi sama dengan para pembaca yang dikasihi tentang kegirangan yang saya alami pada Hari Raya tahun ini. Menurut hati manja ini, Raya tahun ini amat bermakna dalam hidup saya.
Tidak seperti Raya sebelum ini, saya agar kurang bersosial dengan saudara-mara yang dirahmati. Tapi, pada tahun ini, saya bertekad untuk luangkan lebih banyak masa bersama mereka berbual sambil bertukar-tukar cerita. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. Mengisi masa dengan gelak ketawa bersama mereka dapat mengurang sedikit sebanyak resah-gelisah yang bertaut di hati. Sejuk hati rasanya bilamana melihat senyum tawa manis mereka. Betullah sabda Nabi Muhammad S.A.W yang menyatakan bahawa "Sesungguhnya senym itu sedekah". Bukankah sedekah itu dapat menggembirakan hati penerimanya ?

Raya tahun ini telah mengurangkan jurang diri ini dengan bapa dan emak saudara saya. Berbicara dan bercerita bersama mereka dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kami. Tidak cukup dengan itu, pertalian saya dengan sepupu dan saudara yang lain juga semakin erat. Alhamdulillah. Semuanya berlaku mengikut Kehendak Ilahi. Mustahil perkara ini akan terjadi jikalau Allah tidak mengizinkannya. Bukankah bergitu?

Bukan dengan sanak-saudara sahaja, saya juga dapat merasakan tali persaudaraan antara saya dengan orang kampung lebih erat berbanding sebelum ini. Saya sudah dapat memberanikan diri untuk bertegur sapa dengan mereka ini. Dan Alhamdulillah, mereka juga sudah mula merasa senang untuk bercakap dan berbual-bual dengan saya. (Apakah sebelum ini saya tidak rapat dengan orang kampung saya? Hanya Allah yang Maha Mengetahui! Saya fikir, tidak perlulah saya menghuraikannya dengan panjang lebar.)

Kesimpulannya, Raya tahun ini adalah raya yang terbaik yang pernah saya raikan. Walaupun duit raya (hehe!) tidak sebanyak seperti raya-raya yang lepas, tapi, itu bukan persoalannya. Yang kita cari ialah kebahagian dan kenikmatan hidup di Dunia dan Akhirat. Kalau duit beribu-ribu atau berjuta-juta sekalipun, tetapi hidup tidak aman dan tenteram, apa gunanya? Lagipun, saya sekarang dalam proses memotivasikan diri agar tidak bergantung 100% pada wang. Allahlah tempat bergantung segala harapan dan impian. Dan Allahlah matlamat terakhir saya. Dan Keredaan Allahlah yang dicari oleh saya. InsyaALLAH. Walau bagaimanapun, tidak saya katakan bahawa wang itu tidak penting. Apa yang saya ingin garapkan ialah 'WANG BUKAN SEGALA-GALANYA' di Dunia yang penuh dengan tipu helah ini, sepertimana banyak sangkaan orang awam.

Akhir kalam, saya menyeru diri saya dan sahabat saya, agar sentiasa mengingati Allah dimana sahaja kamu berdiri atau duduk atau baring pada setiap masa dan waktu. Sesungguhnya Allah S.W.T berfirman : "Dan ingatilah Aku, Aku akan mengingatimu..."

Saya sudahi tulisan pena yang serba kekurangan dan kelemahan ini dengan beberapa keping gambar yang menghiasi suasana rumah kami sekeluarga. Sekali lagi, SALAM EIDIL FITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.


















Assalamualaikum...
"Always remember ALLAH"

3 yang kongsi idea:

Unknown said...

barakallahu fiik...

firdaus said...

insyaallah anta akan dapat apa yang dihajatkan itu..............
semkoga bahagia n senyum sokmo...
cemerlang kelate kito...

Al-Mufakkir Hamidi said...

Syukran 'ala kullum