Salam Sejahtera buat pembaca budiman...
Sudah satu minggu saya berada di IIUM Gombak selepas cuti beraya selama 2 minggu. Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Mengikut ketentuan Qada' dan Qadar dari Ilahi yang Maha Esa. Dari Allah kita datang, dan kepada-Nya kita akan dikembalikan.
Sebelum datang ke sini (berada di kampung), saya telah menguatkan hati saya untuk membina azam baru. Ye la, azam bukannya wajib pada awal tahun sahaja. Azam hendaklah dibina dan diperbaharui setiap masa dan ketika. Bukankah begitu?
Pada kali ini, saya bertekad untuk mengubah hidup. InsyaALLAH dengan izin-Nya, saya akan cuba memanfaat 100% masa yang diberikan oleh-Nya. Akan saya mengawal dan menyelia perjalanan masa saya sebaik mungkin. Tapi, apakah langkah dan procedur yang terbaik untuk mencapai matlamat yang dicitai?
Ini adalah rangka awal yang telah saya bentukkan :-
1. Kurangkan waktu tidur. Sudah tentu, banyak tidur akan menelan banyak masa kita. Memang tidak dinafikan lagi, malah dipersetujui oleh manusia seantero dunia. Tidur yang berlebihan juga akan melemahkan badan seseorang. Apabila badan dah lemah, semua kerja tidak menjadi. Kesannya, kerja yang tersedia ada tertangguh, yang baru akan membukit. Betul tak?
2. Kurangkan waktu makan. Dengan kata lain, kurangkan makan. Sekaligus saya akan dapat menggunakan masa makan tersebut dengan perkara-perkara yang lebih bermanfaat. Ada orang berkata, "Makan juga satu keperluan hidup!". Saya membalas, "Bukankah kita dididik untuk makan apabila lapar, dan berhenti sebelum kenyang?" So, walaupun dah tiba waktu 'lunch', tetapi perut masih tidak berbunyi, dan tidak terasa untuk menjamah makanan, perlukah kita membazir masa dengan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan?
3. Kurangkan masa berkurung di dalam bilik. Ini bertujuan untuk mengelak perasaan malas daripada menguasai diri. Berada di dalam bilik akan mengurangkan pengambilan oksigen oleh seseorang. Seterusnya, akan melemahkan badan dan sekali gus menyebabkan individu tersebut berasa malas dan tidak bermaya. Kesannya, katil dijadikan mangsa.
4. Kurang berbual kosong. Memang tidak dinafikan, bahawa berbual kosong itu sesuatu yang menyeronokkan. Tetapi, sedar atau tidak, perbuatan ini menjurus kepada kelekaan dan akhirnya menuju kepada pembaziran masa berleluasa. Allah dan Rasulullah S.A.W juga tidak menyukai seseorang yang membazir masa pada perkataan yang sia-sia. Bukankah begitu?
5. Banyakkan zikir pada Allah dan Selawat pada Rasulullah. Dengan mengingati Allah, Allah akan mengingati kita. Dengan berselawat pada kekasih Allah, Muhammad S.A.W, Allah akan berselawat kepada kita 10 kali ganda. Apabila diri kita senantiasa dekat dengan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, bukankah ini akan memudahkan dan melancarkan proses pembelajaran kita?
-----------------------------------------
Ini semua adalah usaha penulis yang cuba mencari dan mengorek lubang ilmu. Yang dahagakan kebenaran. Yang mengharapkan Keredaan Allah S.W.T.
Walau bagaimanapun, manusia itu tidaklah sempurna. Manusia merancang, Allah juga merancang. Dan ketahuilah bahawa rancangan Allah itulah yang terbaik. Oleh itu, mungkin apa yang dikarang oleh si penulis ini bukanlah sesuatu yang sempurna. Mungkin para pembaca ada sesuatu yang ingin dikongsi bersama. Segala tunjuk ajar serta teguran amat penulis hargai.
Saya akhiri tulisan pena ini dengan harapan agar Allah memberikan Hidayah-Nya yang Agung pada diri insan yang serba dhaif ini. Dan juga berharap agar para pembaca mendoakan agar diri ini senantiasa berjalan di jalan yang diRedai oleh Maha Pencipta. Sesungguhnya pada Allah lah saya mengharapkan segala sesuatu.
Assalamualaikum...
"Always remember ALLAH"
0 yang kongsi idea:
Post a Comment