Salam sejahtera buat para pembaca...
"Ana tau, anta semakin tidak ikhlas. Ikhlaskan hati akh!" kata seorang akh pada diri ini.
Hatiku tiba-tiba memberontak. Kenapa? Aku saje ke yang tidak ikhlas? Dia? Ok la, dia ikhlas, aku tak... Jiwa ini terasa umpama dicucuk dengan pisau belati. Entah kenapa. Sebelum ini, kata-kata itu dah biasa aku dengar. Tapi, kali ini tidak sama. Sakit. Pedih. Panas. Semua perasaan 'negatif' muncul. Minda bermain-main. Keliru. Aku marah padanya? Atau marah pada diri?
--------------------------------
Kenapa kita sukar menerima kata-kata teman dan lawan, bila mereka cakap kita tidak ikhlas? Adakah kerana mereka salah? Atau kita yang tidak dapat menerima hakikat?
--------------------------------
Wahai diri yang selalu alpa, kita tidak sempurna.
Wahai diri yang 'tergila-gila'kan dunia, kita sering lupa.
Wahai diri yang mencari populariti, kita tetap seorang HAMBA.
Wahai diri yang menjauhi kebenaran, kita tidak kekal di dunia ini.
Wahai diri yang mencari reda Allah, teruslah, dan teruslah mencari reda-Nya.
Walau hati mu disiat, walau jiwamu dilibas, walau jasadmu ditetak...
Terus dan terus mencari reda-Nya.
kerna... DIA tidak pernah lupa padamu...
tapi kamu sahaja yang lupa pada-Nya...
Wahai diri...Jom, sama-sama ikhlaskan hati...
Walaupun susah... walaupun pahit.... Tetapi teruskanlah.
Kerana,
Mati dalam mencari KEIKHLASAN itu lebih baik dari mati menunggu KEIKHLASAN
---------------------------------
Rentetan ringkas daripada jiwa ini. Untuk melepaskan keresahan dalam hati. Dan untuk mengikhlaskan hati. Terus dan teruslah mencari cinta Ilahi.
0 yang kongsi idea:
Post a Comment