Pages

Wednesday, August 1, 2012

Ramadan 12: 'mencintai' ujian Allah

Assalamu'alaikum.

Asyik-asyik, aku je yang kena uji dek Allah. Tension betul! Nak buat baik sikit pun tak leh...
Semua manusia,
pasti berbuat dosa.
Melainkan yang dijaga oleh Allah.

"Setiap bani Adam, adalah pelaku dosa. Dan sebaik-baik pelaku dosa adalah yang bertaubat!"
Itulah sabda Nabi SAW,
yang biasa kita dengar.

Dan terkadang,
kita diberi ujian oleh Allah.

Maka kita konfius,
samada itu adalah bala atas dosa yang kita telah buat,
atau itu adalah satu ujian menguji keimanan kita.?
Apakah benar kita betul-betul beriman pada-Nya,
atau hanya mengikut-ikut.

Akhirnya kita dilema,
dan mengambil jalan mudah.
Buat tak kisah.

Dan lama-lama,
masalahnya itu membesar,
dan hatinya semakin berkarat.

Ada yang terlalu serius,
sehingga mengalami tekanan.

Itu tak kena,
ini tak kena,
semuanya salah.

Akhirnya,
semua tak menjadi.

----------------

Seperti anda semua,
saya juga diuji.

Seperti anda semua,
saya juga pernah bermaksiat.
(er. tak sampai zina lagi!)

Seperti anda semua,
saya juga pernah bertaubat.

Seperti anda semua,
saya juga pernah ulang dosa yang sama.

Yang membezakan kita,
KEMAHUAN untuk berubah.

Ada yang putus asa,
dan terus berhenti berusaha.
Dan kemudian menyalahkan Tuhan,
kerana mentakdirkan dirinya seperti itu.

Kerana mentakdirkan hidupnya,
berlainan dan berbeza dari manusia normal.

*berhenti sekejap*

*merenung masa silamku*

*tersenyum*

"Hamidi, enta tak tau zaman jahiliyyah ana dulu. Enta tak pe lah, lahir dari background islamik."

"Hamidi. Saya tak tahan dah. Penat dah. Saya buat itu tak menjadi, saya buat ini tak jadi..."

"Hamidi, nampak relax je enta ni ~"

*diam*

Dia terus membising.
Itu tak kena,
ini tak kena.

Sekali saya respon.
Dia diam terus.

--------------------------

Masalah.
Dan ujian.

Ia akan mengikuti kita.

Apakah kita akan bersabar dengannya,
dan me'respon' ujian itu dengan ketaatan,
atau melenting dek kerana tidak sehaluan dengan nafsu.

Memang pun ujian itu,
akan berbeza dengan nafsu kita.

Sebab itu Allah suruh kita,
jangan ikut setan,
jangan ikut orang kafir,
jangan ikut hawa nafsu.

Kalau ujian itu mudah,
dan satu jalur dengan nafsu kita,
apakah itu dipanggil ujian?

Berkenaan bala kerana dosa yang dilakukan,
atau apakah ia sekadar ujian keimanan?

Itu tidak penting!

Yang penting kata Nabi SAW:
"Apabila Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan mengujinya. Jika hamba itu bersabar dan reda, maka Dia akan memilihnya menjadi kekasih-Nya"
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Pergh!
Allah cinta anda tahu!
CINTA Allah tu!
Bukan cinta manusia!

Anda mahu tak?
Jadi kekasih-Nya?

Apakah perlu yang lebih disukai anda,
selain Cinta Allah?

----------------------

Dan saya tahu,
seperti anda semua,
saya juga diuji di Bulan Ramadan ini.

Jadi,
saya rasa,
tak perlu saya taip panjang-panjang.

Cukuplah Cinta Allah itu,
sebagai kekuatan untuk kita,
untuk 'mencintai' ujian Allah ini.

Tak kiralah itu adalah balasan dosa,
ataupun ujian peningkatan iman.
Yang penting,
rasailah Cinta Allah itu!

Ramai yang jadi dekat dengan Allah,
selepas diuji.

Jadi Jom,
bulan RAMADAN ini,
sama-sama kita merasai,
kemanisan ujian Allah ini.

Moga dengan itu,
kita semakin hampir dengan-Nya.

Mendapat Rahmat-Nya,
mendapat Maghfirah-Nya,
mendapat itqon min Nar!

InsyaAllah.


"Kami tak tahu ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik pada Allah."
-Salim A Fillah-

Kerana apa kami bersangka baik?
Kerana...

Kata Nabi SAW:
"Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya."
(Hadis Riwayat Thabrani dari Abu Umamah)


Assalamu'alaikum.
Ramadan Kareem.

"Always remember ALLAH"

0 yang kongsi idea:

There was an error in this gadget