Pages

Wednesday, July 6, 2011

Dengan AddMath, kita ke Syurga!

Assalamu'alaikum.

Salam Berjuang,
kepada semua yang 'berjalan' ke Syurga-Nya!


"Adik-adik sekalian,
percaya tak jika abang kata,
AddMath boleh menjadi sebab kita masuk ke Syurga?"

Saya berhenti sekejap.
Memandang mereka di hadapan.

Ada yang berkerut dahi.
Ada yang berwajah pelik.
Ada yang gelak-gelak perlahan.
Ada yang bersuara dengar tak dengar.

"Kenapa? Tak percaya?"
Saya menegaskan sekali lagi,
sambil mengangkat kening kanan setinggi mungkin.

"Boleh ke?"
Mereka mula bersuara.

Saya senyum,
melihat gelagat mereka yang mencuit hati itu.

---------

Sebelum saya menghabiskan sesi tutoring pertama kami,
saya sempat memohon maaf dari mereka,

"Abang minta maaf atas dua perkara. Pertama kerana abang terlupa untuk menjelaskan bagaimana AddMath ini memungkinkan kita untuk ke Syurga. Insya-Allah, abang akan jelaskan pada masa hadapan. Dan kedua, maaf jika kami (pihak pengurusan) ada berbuat kesalahan dan kesilapan selama program tutoring ini berjalan."

Saya mengakhiri tutoring ini,
meninggalkan mereka dengan persoalan ini.

---------


Para pembaca yang saya hormati sekalian,
jika anda adalah saya di atas,
apakah yang anda akan nyatakan kepada anak didik anda,
untuk menyakinkan mereka bahawa,
'dengan AddMath, kita ke Syurga!'

Insya-Allah,
pada entri mendatang,
akan saya jelaskan apa yang saya paham,
mengenai hubungan AddMath dengan Syurga Allah.

Sesungguhnya,
Allah tidak menciptakan sesuatu,
melainkan padanya ada hikmah yang berguna.
Bukankah AddMath itu sebahagian dari ilmu-ilmu Islam?
Eh? Begitukah?

*senyum*

Insya-Allah,
akan saya jelaskan nanti.

----------

Jadi sekarang,
saya membuka seluas-luasnya kepada anda sekalian,
untuk mengemukakan cadangan dan komen anda,
mengenai perbahasan kali ini.

Insya-Allah,
jawapan yang paling logik dan ideal,
akan saya kongsikan sedikit penghargaan yang tidak seberapa,
atas usaha anda,
dan perkongsian ilmu dengan kami.


Yang penting,
ikhlaskan hatimu.

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

4 yang kongsi idea:

rusyida said...

As salam adik,

Kak tak lah "terror" addmath.tp setahu kak apepun ilmu yg kita ajar kepada org lain dan mereka mendapat manfaat dr ilmu tersebut merupakan salah satu dari 3 milik manusia yg bole dibawa mati:)

Al-Mufakkir Hamidi said...

Was salam kak,

tidak semestinya 'terror' dalam addmath utk jawab soalan ini. Tapi, ini adalah perkongsian ilmu. mungkin pembaca sekalian ada idea yg lebih baik dari apa yang saya fikirkan.

Terima kasih atas ilmu yg diberi. Saya pun hmpir terlupa pasal itu. he...

Muhammad Syaakir Lee said...

bkan adik2 je yg tertnye2.. Anta berhtang dgn ana jgak.. hehehe....
cepat gtaw... ana x dtg tutorring ke-2.. hjehehe...

Al-Mufakkir Hamidi said...

Syaakir:

jap la... sabor... bila dah masa sesuai, baru ana tulis. hehe.