Salam Selamat,
buat yang sibuk dengan urusan Exam,
juga yang terleka dengan kerja-kerja Duniawi,
dan tidak lupa kepada yang gigih dalam hal-hal Akhirat.
Belakangan ini,
ramai yang menolak untuk menghadiri,
program-program yang membina hati.
"Maaf, ana nak baca untuk exam."
Saya tidak mampu berbuat apa-apa.
Biasalah,
kehidupan seorang pelajar,
tentulah ingin mendapat pencapaian yang terbaik,
dalam urusan akademik yang diceburi.
Lebih-lebih lagi,
bila sudah menghampir kepada final exam,
seolah-olah dunia ini hidup hanya untuk peperiksaan.
Buku, buku, buku.
Tak cukup dengan itu,
ditambah lagi 'perisa' perpustakaan.
Terkadang,
melihat mereka,
saya hanya mampu tersenyum.
Bukan memperlekehkan,
juga tidak bermaksud merendahkan.
Tapi,
mereka begitu bersemangat sekali,
sedang diri ini,
masih belum lagi keluar usaha-usaha,
untuk membelek-belek buku.
Aduhai, diriku...
Tapi,
terkadang,
ada satu perkara yang sering menganggu fikiranku,
yang membuatkan saya selalu senyum seorangan.
Alangkah indahnya,
jika kita sedar dan merasakan,
akan kewujudan satu final exam yang lebih mencabar.
Dari situ,
kita akan terus 'membaca', 'membaca', dan 'membaca',
dan kita akan meringankan kaki kita untuk ke 'perpustakaan',
dengan harapan yang meninggi,
agar mencapai result 4 flat!
Tapi,
masalahnya ujian itu tidak dapat dijiwai,
oleh hati-hati kita.
Mungkin ada kekotoran?
Atau kekaburan padanya?
Juga boleh jadi,
disebabkan bisikan dari si 'mereka'?
Yang terus menggoda dan memberi semangat,
agar kita terus bergembira dengan dunia yang indah ini!
Wahai jiwa yang bersemangat,
dengan ujian akhir yang sedang menjelma,
tidakkah kita terasa malu,
apabila masa kita semakin sedikit,
untuk duduk dan berbicara bersama Tuhan kita.
Seolah-olah,
kita hanya hamba-Nya ketika kita lapang,
bila sudah dilanda kesibukan peperiksaan,
hati kita berbicara lembut,
" letakkanlah Tuhan di tepi sekejap ..."
Astaghfirullah...
Di mana Imanmu, saudaraku?
"Ala... Come on la,
aku tak se-Islamik macam korang!"
Ini bukan soal Islamik atau tidak!
Ini soal Syurga dan Neraka.
Tidakkah kita tahu,
bahawa final exam di Akhirat itu wujud!?
Atau disebabkan final exam di bumi ini lebih mencabar bagimu?
Firman-Nya:
"Alif Lam Mim. Itulah Kitab yang tiada keraguan padanya, memberi Hidayah kepada orang yang bertaqwa, yakni orang yang beriman dengan Perkara-Perkara Ghaib, dan mendirikan solat, dan mengeluarkan apa yang kami rezekikan padanya ..."
[Al-Baqarah, 2: Ayat 1-3]
Benar!
Syurga dan Neraka itu tidak dapat dilihat,
dan juga tidak dapat disentuh dan dirasai,
tapi,
'ia' dapat dijiwai,
oleh jiwa-jiwa yang hidup...
Final exam itulah,
yang menentukan kehidupan kita.
Bahagia atau sengsara?
Are you well prepared for the REAL EXAM!?
~ gambar-gambar di SMK Setapak Indah ~
(credit to Syaakir)
------------------
Tidak sampai 2 hari lagi,
Introduction to History and Civilization bakal menjelma.
Sempat lagi menulis blog...
Terkadang teringat,
kisah SPM dulu-kala.
Bermatian-matian membaca dan menghafal,
subjek Sejarah yang amat-amat menyeksakan jiwa,
yang berakhir dengan satu kemanisan,
Alhamdulillah, Allah memberikan kecemerlangan dalam kesakitan itu.
Langsung tidak sangka...
Dan terkadang,
mengharap peristiwa itu berulang untuk kali ini.
Insya-Allah,
dengan Rahmat Allah.
Jangan lupa menyebut nama Hamidi,
dalam doamu.
Semoga berjaya untuk sahabat-sahabat di UIA,
juga yang bukan UIA!
Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"
0 yang kongsi idea:
Post a Comment