Pages

Monday, July 11, 2011

Ketika itu kita akan menyesal ...

Assalamu'alaikum.

Salam sentiasa Bersemangat Waja,
kepada mereka-mereka yang diruncing masalah,
dan mereka-mereka yang sedang kelelahan dan keputus-asaan.


~ ahli Halaqah pada awal saya diperkenalkan dengan Tarbiyah! ~

Menjalani kehidupan di rumah,
tidak sama dengan suasana dikelilingi oleh para ikhwah,
yang sentiasa berkejar-kejar dan berlumba-lumba menduduki saf pertaman.

Pada hari pertama ketibaanku di rumah,
disambut dengan senyuman manis terukir pada kedua orang tuaku.
Bersyukur kerana masih lagi diberi nikmat,
disambut oleh kasih dan cinta ibu dan ayah.

Sebelum peluang ke kampung halaman ini,
kami diberi peringatan yang berguna buat para pendakwah.
Satu penyampaian dari seorang Makcik yang berpengalaman,
bingit ke telinga hingga ke hari ini,
Dakwah Keluarga.

Awal hari ketibaanku di rumah yang tersergam indah ini,
dipenuhi keazaman dan semangat untuk membawa kebaikan,
menebarkan rahmat Tarbiyah yang diperoleh selama ini di Medan Tarbiyah.

Tapi,
nafsu bergelojak sentiasa menusuk-nusuk jiwa agar melemah,
hingga akhirnya mudah sahaja tumbang menunduk nafsu,
terkadang risau diri ini munafik.
Astaghfirullah...


Dalam kesibukan dan kesesakan para pejuang keadilan BERSIH di sana,
saya hanya mampu menonton dan melihat-lihat gambar yang ditayangkan.
Saya yakin seratus peratus,
perasaan sebagai pembuat tidak sama dengan yang melihat.
Saya hanya mampu tunduk, dan tersenyum pudar.


Saya cuba mencari kekuatan,
dibalik keletihan dan kekosongan jiwa.
Susah ingin percaya,
seolah-olah Tarbiyah itu tidak terkesan dalam diri ini.

Saya membuka satu blog sahabat,
membaca satu-persatu bait kata-katanya,
menatap satu demi satu gambar-gambar yang tersiar,
sekali lagi,
saya tertunduk melemah,
melihat kekuatan jiwa dan fizikal yang ia miliki.
Saya ternyata amat lemah...

Sahabatku itu begitu bersemangat dalam jihad BERSIH,
tapi diri ini hanya mampu menggerak-gerakkan mouse,
sambil menggerak-gerakkan anak mata,
yang entah bermanfaat atau tidak.

(blog sahabatku)

Sekejap kemudian,
Zohor menjelma.

Fikiranku berlegar pada saat saya diuji,
dengan satu penyakit yang jarang berlaku pada yang lain.

Dan pada ketika itu,
saya masih ingat satu pesanan yang saya lemparkan,
pada seorang ikhwah yang datang menjengukku lewat malam,


"Akhi, kita tak tahu kita sakit bila, maka manfaatkanlah masa sihat untuk Dakwah,
kerana bila kita sudah sakit, ketika itu kita akan menyesal kerana tidak lagi mampu menyumbang untuk Dakwah!"

Dia mendiamkan diri,
sambil mengukir senyuman pelembut hati,
agar jiwa saya sentiasa tenang dan nyaman.

Terima kasih kepada semua,
yang sentiasa memberi dorongan semangat,
dan sentiasa memimpin diri ini ke arah kekuatan,
untuk berubah dan mengubah.

Insya-Allah,
sudah tiada masa untuk bersenang,
kerana kita akan dipersoalkan oleh-NYA,
setiap detik yang berlalu.
Adakah untuk-NYA,
atau untuk diri?

"Katakanlah: Sesungguhnya solatku, amalanku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah, Tuhan sekalian Alam. Tiada sekutu bagi-Nya, dan inilah yang telah diperintahkan kepadaku, dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerah diri!"



~kepada inter89: Penyakit ini dinamakan Spontaneous Pneumothorax (paru-paru berangin yang berlaku secara tiba-tiba). Maaf, buat anda tertunggu-tunggu~

*Penyakit ini masih belum dikenal pasti punca sebenarnya. Masih dalam kajian para-para doktor. Tetapi, penyakit ini akan mudah terkenal pada: Lelaki, Tinggi, dan Kurus.

*Terima kasih kepada saudara Asif, atas tulisan yang mengegarkan hati.

*Bersediakah anda untuk bergerak!?


Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

8 yang kongsi idea:

adysuR said...

Saudarakah itu ?
Penyakit tu macam mana? Ada simptom2?

Al-Mufakkir Hamidi said...

Er...
emm... anda akan terasa seperti dada anda sempit, susah untuk bernafas. Lebih2 ketika dalam posisi baring, rukuk dan sujud.

Jika tidak mendapat rawatan segera, boleh mengakibatkan maut, kerana tidak dapat bernafas.

Tapi ketahuilah, Allah yang menentukan ajal.

adysuR said...

0wh. Kesukaran bernafas pada posisi tertentu. Tidak batuk ?

Hmm..moga Allah memberi kesembuhan kepada yg mengalamninya.

Sakit itu juga adalah kebaikan kerana bila kita sakit kita lebih mengingati Allah kan.

=)

Al-Mufakkir Hamidi said...

kerana pada waktu baring, rukuk & sujud, badan kita 'menekan' dada, menyebab dada semakin susah untuk mengembang.

batuk 4,5 hari sebelum kejadian.

InsyaAllah, jika berkesempatan, akan dikisahkan Kronologi: Tarbiyah di Hospital. (cuma sekrang, tgh betulkan hati, agar tidak terkeluar dari niat asal.)

Tiada yang tak berguna, jika dilihat dengan 'pandangan' Ilahi.

adysuR said...

Begitu ya. Maaf jika banyak tanya. Cuma ingin tahu penyakit itu bagaimana kerana rasanya ini pertama kali mendengarnya. Dan juga ingin mendapat gambaran perbezaan lelah/asma dengan penyakit ini.

Owh. Moga dipermudahkan segalanya. InsyaAllah.

Ya,betul.

Al-Mufakkir Hamidi said...

Tiada masalah. biasalah tu bertanya. kalau tak tanya, sesat pula. he.

apa maksud anda, 'bagaimana'?

saya tidak pasti secara detail perbezaannya. Tapi, asma/lelah adalah penyakit keturunan, yang berlaku secara terus-terusan. asma berlaku secara tiba-tiba dan boleh diubati dengan ubatnya (spray), untuk menghilangkan kesannya. tapi, itu untuk jangka sementara.

tapi, yang ini perlu ditebuk lubang di dada, untuk membuang lebihan angin. ia berlaku kerana ada 'kebocoran' pada paru-paru, menyebabkan angin masuk ke dalam rongga antara paru-paru dan tulang rusuk (dalam istilah doktor, disebut 'thorax'. sila rujuk buku Biologi)

tetapi, oleh sebab hanya ada satu lubang sahaja (lubang yg sgt kecil), angin ini masuk tapi tak dapat keluar. menyebabkan, angin terus berkumpul dan mengakibatkan paru-paru tidak dapat berkembang. Apabila paru-paru tidak berkembang sempurna, hasilnya oksigen tidak dapat disedut sempurna.

Oleh sebab itu, si pesakit akan kelihatan cuba 'menghirup' udara dengan kadar yang lebih pantas dari biasa untuk mengimbangkan oksigen dalam badan.

Ketika itu, semua anggota badan tidak boleh bergerak banyak, untuk mengurangkan penggunaan oksigen dalam badan.

Proses penebukan di badan itu bertujuan untuk membuka 'pintu keluar' agar angin yang terperangkap dapat dikeluarkan.

Jika bernasib baik, lubang yang 'bocor' itu, boleh tertutup dengan sendirinya (disebabkan tissue kita boleh regenarate by itself). Tapi, jika kurang bernasib baik, maka operation perlu dilakukan.

Untuk kes saya, minor operation telah dilakukan untuk menampal di bahagian yang 'bocor' itu. Sekiranya, dengan minor operation ini tidak dapat disempurnakan, maka doktor akan melakukan major operation, yakni membuka dada.

Alhamdulillah, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Gambar itu diambil selepas saya selesai jalani pembedahan. di ICU 2nd class.

*ini adalah teori saya sahaja, berdasarkan kefahaman sendiri daripada mendengar cakap-cakap doktor dan nurse serta dari rajah yang pernah dilukiskan oleh doktor kepadaku.
*untuk detail tentang penyakit ini, mungkin blh tanya doktor sendiri, atau student medik, atau search in internet, or tengok di mana2 buku yang berkaitan.

Wallahu a'lam.

adysuR said...

0wh. Panjang lebar huraiannya. Terima kasih.

Hmm..asma/lelah penyakit keturunan? Rasanya ahli keluarga tiada yg mengalaminya tetapi saya pernah mengalaminya dahulu. Alhamdulillah telah sembuh.

Oh ya, seorang doktor yg pernah merawat dahulu ada menyatakan ubat spray itu sebenarnya akan menyebabkan kesan lain tapi terlupa apakah ia. Doktor itu juga menasihatkan jika asma/lelah terlalu teruk baru guna spray. Dia bagi cream utk disapu pd dada supaya mengurangkan kesakitan dan seperti biasa ubat untuk diminum. Erm, saya juga guna balm gamat utk menggantikan cream tersebut apabila penyakit itu menyerang di samping mengamalkan sesudu madu bersama habatussauda setiap pagi sebelum makan.

Namun, Allah jualah yg memberikan kesembuhan.

Sekadar berkongsi pengalaman.

Muhammad Syaakir Lee said...

dahsyat jugak ye sakit anta nie yer.... Ana x msok gmbak lg ye time tue.. :) kalu x ana dah dok jge anta tiap ari kat hospital... hehehe... :p