Pages

Thursday, May 26, 2011

Bila dia itu Genius

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera buat para genius,
dan mereka yang bercita untuk menjadi genius,
serta mereka yang dilahirkan sebagai seorang non-genius.


Dulu,
saya pernah mengemukakan satu soalan pendek,
Apa baik buruk ke-genius-an terhadap seorang Muslim?

Alhamdulillah,
walau ramai yang tak menjawab,
atau buat-buat tak tahu,
tapi masih ada yang cuba berkongsi pendapat.
Terima kasih saya ucapkan.

Melihat kepada jawapan yang diberikan,
kita akan dapat melihat,
bahawa anda hanya menjawab separuh sahaja dari soalan saya,
iaitu mengenai kebaikan sifat genius kepada Muslim,
tiada jawapan untuk keburukan genius ini.

Apa-apa pun,
ia sesuatu yang menarik untuk sama-sama kita renungkan.

-------------

Dahulu,
ada seorang lelaki yang dikurniakan dengan satu kebolehan yang luar biasa.
Allah telah memberikannya otak yang boleh memahami pelajaran dengan pantas.
Di kala pelajar lain pening-pening lalat dengan ajaran guru di kelas,
dia mampu mendabik dada dengan anugerah Allah itu.

Ramai kawan-kawan yang bercita-cita untuk menjadi macam si dia itu.
Pelajarannya begitu mantap sekali,
dan terkadang si dia boleh dikatakan seorang genius.

Tetapi,
dalam keghairahan orang sekelilingnya mengidami untuk menjadi seperti dia,
si dia yang diberi kelebihan yang unik ini pula,
dengan hati yang penuh sakit dan resah,
dia berkata:
"Alangkah bestnya kalau dapat jadi orang bodoh! Tak perlu risau nak jaga hati. Susah betullah hati ini. Kejap rasa riak, kejap rasa takabbur, kejap rasa ujub dengan diri. Hanya Allah sahaja yang tahu bertapa seksanya jiwa ini!"


Begitulah kesan genius.
Ada orang tergila-gila untuk menjadi genius,
tapi bila dah jadi genius,
'tergila-gila' untuk jadi bodoh pula.
Macam-macam.

Maka,
beruntunglah siapa yang sentiasa bersyukur dengan apa yang dia ada.

Genius bukannya syarat untuk berjaya.
Terkadang orang amat-amat berkehendak kepada otak yang genius,
sehingga mereka terlupa bahawa orang genius juga punya masalah,
dan lebih teruk lagi,
mereka harus bertarung dengan masalah hati,
hati yang harus dijaga dari perasaan bangga dengan diri,
juga dari pujian manusia yang meninggi langit.

Terkadang,
orang biasa-biasa yang tidak pernah diberi peluang untuk menikmati genius ini,
sebenarnya mereka lebih bertuah dan beruntung,
kerana tidak perlu berperang nafsu dan pujian orang ramai.

Maka,
beruntunglah siapa yang sentiasa menghargai apa yang ada bersama dirinya.

Bercakap pasal keburukan genius,
memang banyak sekali,
tidak terkira.

Tapi,
bila genius ini dilihat dan digunakan dari sudut pandang Islam,
sambil bergabung dengan nilai-nilai ajaran Islam,
maka genius adalah satu nilai tambah yang amat besar sekali!

Orang genius yang berkelakuan dengan acuan Al-Qur'an dan As-Sunnah,
dengan hati sentiasa bersyukur kepada Tuhan yang Maha Mengurnia,
adalah orang yang amat-amat hebat sekali!

Bukan mudah mahu melahirkan orang genius yang mantap,
dari segi jasadiyyah, rohaniyyah dan fikiriyyah.
Hanya yang benar-benar sanggup berkorban sahaja yang mampu!

------------

Kesimpulan ringkasnya,
jangan kita mengira orang genius itu orang yang tidak diuji,
sehingga kita 'tergila-gila' mengejar untuk menjadi macam mereka,
dan akhirnya kita terlupa bahawa Allah tidak pernah membeza-bezakan hamba-Nya,
melainkan dengan ukur nilai dari Taqwa.

Boleh jadi orang biasa-biasa itu,
lebih dekat kepada Allah berbanding si genius itu.
Dan boleh jadi orang genius itu lebih baik,
atas sumbangan yang mampu dia curahkan kepada orang ramai.

Oleh itu,
janganlah anda kecewa jika kita bukan orang genius,
dan janganlah anda bongkak jikalau kita dilahirkan genius.
Orang terbaik ialah orang sering mengingati Allah,
dan bersyukur dengan apa yang ia miliki.

Lihatlah tubuhmu,
pasti ada sesuatu yang bernilai lebih dari Permata Yaqut,
dan lebih hebat dari otak yang genius.

Berbanggalah dengan diri anda!

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

4 yang kongsi idea:

Muhammad Syaakir Lee said...

pnjng nye tulis.. x dan nk bace.. x de mase.. :p

Murni Yusoff said...

Assalamualaikum..
bez entri nie! like!
mmg bersyukur dgn ape yg ada tu lbih bgus..=)

pdaus said...

bila jadi genius,ego mmg banyak....
jadi waktu itulah agama perlu mendidik si genius...

Al-Mufakkir Hamidi said...

Syaakir:
Xnak membaca, tiada ilmu... :)

Siti Murni:
Wa'alaikumussalam.
Alhamdulillah. Tunjukkan juga kesyukuran dengan perbuatan dan amalan. :)

Firdaus:
Agama perlu mendidik semua, dan setiap waktu. Walau tika ego mendatang, atau tika waktu tenang. :)