~ maaf, saya tidak punyai gambar ibumu ~
Sambil aku menunggu adik menghubungiku,
aku terlelap dek kerana keletihan.
Tiba-tiba,
deringan telefon yang bingit menyedarkan diriku.
Hazimi Perak - UIA
Begitulah yang tertera di kaca telefonku.
Bingkas ku bangun dari baringan,
dan dengan memaksa diri meng-control nada suara,
aku terus menekan punat yang untuk menjawab panggilan.
"Assalamu'alaikum."
Kedengaran tangisan disebalik ucapan salam itu.
"Wa'alaikumussalam."
Jawabku ringkas. Menunggu bicaranya.
"Mak ana dah ditakdirkan untuk kembali kepada-Nya."
Dalam kesenduan, masih jelas suaranya.
"Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un"
Aku tidak tahu hendak mengucapkan apa-apa,
melainkan kalimat yang ALLAH ajarkan ini.
"Bersabarlah. Bila lagi dia pergi?"
Bergetar hatiku.
Otakku ligat pusing sana sini,
mencari kata-kata yang sesuai untuk sahabatku ini.
"Baru sekejap tadi."
Jawabnya. Masih kedengan esakan di balik telefon ini.
"Semua ahli keluarga enta ada bersama enta?"
Tanyaku.
Moga hatinya sedikit terteram.
"Semua adik-beradik ada la."
Balasnya.
Mendengar istilah 'adik-beradik',
fahamlah aku apa yang dia maksudnya.
Maafkan, jika membuatkan kamu teringat akan si 'dia'.
"Tak pe la hamidi, ana nak call orang lain pula."
"OK. sabar yea!"
"Assalamu'alaikum."
"Wa'alaikumussalam."
Lepas itu,
aku terus menyebarkan berita ini,
kepada kenalan-kenalan ku,
yang mengenali si dia.
-------
"Ya ALLAH, ampunilah emaknya, rahmatilah dia, afiatkanlah dia, jagalah dia, muliakanlah tempatnya, luaskanlah tempatnya, basuhlah dia dari kotoran dosa sepertimana kain putih disucikan, gantikanlah tempatnya dengan yang lebih baik dari tempatnya di dunia, dan keluarga yang lebih baik dari di dunia, dan pasangan yang lebih baik dari di dunia, dan masukkanlah dia ke dalam Jannah, serta jauhilah dia dari azab kubur dan dari azab Neraka."
Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"
3 yang kongsi idea:
moge ruh nye d mnartbat tertnggi.. :)
Amin :)
Ana tumpang simpati..
Ana faham perasaan kehilangan..
Innalilillah waninna ilaihi rajiun.
Allah lebih menyayanginya.
Semoga Akhi Hazimi tabah. Roh ummunya akan sentiasa bersama rahmat-Nya, inshaAllah.
ws
Post a Comment