Pages

Thursday, October 4, 2012

Apakah momen yang paling bahagia...

Assalamu'alaikum.


"Apakah amalan yang terbaik dalam Islam, ya Rasulullah?"

"As-Solah 'ala waqtiha"
(Solat pada waktunya)

"Kemudian?"

"Birr Walidain"
(Berbuat baik pada 2 ibu bapa)

"Kemudian?"

"Al-Jihad fi sabiliLlah"
(Berjihad pada jalan Allah)

---------------------

"Demi Tuhan yang diriku berada di tangan-Nya, sesungguhnya aku pernah hendak menyuruh para sahabat untuk mencari kayu api, lalu aku menyuruh agar bersolat jemaah. Seterusnya, aku menyuruh seseorang untuk mengimami orang ramai, sementara aku tidak ikut solat berjemaah kerana mencari rumah orang yang tidak mengikuti solat berjemaah, lalu aku bakar rumah mereka."
(HR Bukhari & Muslim)

----------------------

Hari ini,
memang teruk.

Terlepas Subuh Berjemaah.

Moga Allah mengampuni.

-------------------

Kadang-kadang,
saya tertanya,
kenapa saya masih belum mampu istiqomah 100%,
dengan solat Subuh berjemaah di masjid?

Terkadang rasa malu dan segan,
dengan Tuhan.

Allah bagi kaki,
bagi mata,
bagi telinga,
bagi sahabat baik,
bagi tenaga,
bagi kudrat,
bagi pakaian bersih,
bagi itu dan ini...

Tapi,
bila Allah menyuruh untuk mentaati-Nya,
dan mengikut perintah Nabi-Nya SAW,

saya masih belum mampu melaksanakan sepenuhnya.

---------------------

Mendalami ilmu Matematik,
tetapi tidak solat Subuh berjemaah,
amat memalukan.

Ingin mendalami bidang Politik,
tetapi terlepas solat Subuh berjemaah,
memang tak patut.

Beriadah memberi alasan untuk menjaga kesihatan,
tetapi malas untuk solat Subuh berjemaah,
sungguh menghairankan.

Ada ilmu agama dan memahami kepentingannya,
tetapi tetap membuat alasan ini dan ini,
agar melepas diri dari solat Subuh berjemaah,
apa yang saya mampu katakan untuk diri?

Astaghfirullah...

-----------------

Bila ditanya,
kenapa susah untuk solat Subuh berjemaah di masjid?

Jawab saya ringkas:
"Mungkin Allah tidak izinkan,
atas kemaksiatan yang telah dilakukan.
Maka, beristighfarlah."

Maka,
bila ditanya,
apakah momen yang paling bahagia sepanjang 4 tahun di UIA ini?

Saya merespon:
"Berjalan menuju ke masjid,
kerana saya merasakan saya 'pilihan' Allah,
antara ramai ramai manusia,
di bumi UIA ini.
Alhamdulillah."

------------------

65 Tahun, merangkak ke masjid.
(klik sini)

Apakah ada lagi,
kenikmatan yang lebih besar,
daripada menjadi pilihan Allah,
sebagai pemakmur rumah-rumah-Nya?

Firman Allah:
"Yang akan memakmurkan masjid-masjid hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, mendirikan solat, membayar zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk."
(At-Taubah, QS 9: 18)

Siapa mahu petunjuk,
berusahalah untuk menjadi Pemakmur masjid.

Saya mahu Petunjuk Allah,
anda?

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

0 yang kongsi idea: