Assalamu'alaikum
Salam Sejahtera semua!
*senyum manis*
Balik kampung lepas,
baru tahu,
bahawa adikku yang kecil,
juara pingpong peringkat sekolah,
3 tahun berturut-turut.
*peluh kecil*
Pernah sekali,
juara peringkat MASSAK.
Majlis Sukan Sekolah Agama Kelantan.
*walaweh*
Sehari sebelum balik ke UIA,
dia ajak lawan pingpong.
Oh my...
Ambil bet,
pegang bola,
smash pada si adik.
"Main lah betul-betul!"
Adikku marah nakal.
"Main betul-betul la ni."
Jawabku selamba.
Akhirnya,
cuba teka,
siapa menang?
Juara 3 tahun berturut-turut?
Atau si dia yang main gitu-gitu?
----------------
Saidina Ali berkata:
"Ajarkanlah ilmu dengan bahasa mereka"
Saya bermain pingpong dengan si adik,
kerana mahu menghilangkan gap antara kami.
Dah lama tidak gelak tawa,
dan dengar dia marah-marah.
Hehe...
Peristiwa dahulu,
yang merenggangkan kami,
masih menghantui kami (atau saya je?)
Dan Allah berfirman:
"Perdamaikanlah 2 saudara kamu"
Semoga Allah memaafkan kami.
---------------
Keputusannya,
adik saya menang tipis.
*ayoyo*
Oh ya,
adik saya 5 tahun lebih muda,
dan seorang perempuan.
Aduhai diri.
Saya semakin hilang semangat,
untuk bermain pingpong.
*p/s: insyaAllah next posting, hari Rabu ini. Murobbi - Allah - Takdir. Doakan dipermudahkan peperiksaan saya. Ameen.
Assalamua'alaikum.
"Always remember ALLAH"
4 yang kongsi idea:
"Ajarkanlah ilmu dengan bahasa mereka"
try play with me.. n u will see de different..
Isyraf: power la anta. :)
Syaakir: taknak. dah tau keputusannya... huhu. baik main dgn Isyraf. er...
hahaha...akhirnya adikmu menang jgk ye pingpong.. :D
Post a Comment