Salam semangat jihad buat para penerus urusan Dakwah,
yang berat lagi memenatkan ini,
serta para penjaga kesucian Tarbiyah,
dari cemaran dunia dan hawa nafsu.
'... Doakan kejayaan semua dunia Akhirat.
Teruskan usaha dan jangan pernah jemu dan
muak serta menyampah untuk mentarbiyah
mutarabbi enta macam ana (^_^)'
Saya tersenyum membacanya. Mata yang mengantuk pada awalnya terus membesar. Satu semangat entah dari mana mula menusuk ke dalam jiwa. Sungguh, saya amat terharu membaca tulisan ini.
Sabtu malam yang lepas, kami satu halaqah telah mengadakan halaqah kami yang terakhir untuk semester ini. Kami namakan halaqah ini sebagai 'Simfoni Halaqah Cinta'. Mencintai Allah, mencintai Nabi, mencintai Tarbiyah, mencintai Dakwah, mencintai Murobbi, mencintai Mutarobbi, mencintai Diri, dan semua kecintaan kembali kepada Allah.
-----------
Hampir satu tahun berlalu. Satu jangka masa yang amat memenatkan. Menjadi Murobbi Muda bukannya satu perkara yang dibanggakan. Ia satu amanah yang meletihkan. Setiap hari memikirkan perkembangan anak-anak didik. Mencari ucapan-ucapan dan kata-kata untuk menghidupkan hati ini, juga hati-hati mereka agar sentiasa mengingati Allah. Terkadang, badan lesu kerana harus melewatkan tidur. Tapi, itulah lumrah kehidupan seorang bergelar 'Murobbi'.
'Harapan aku dalam Tarbiyah ini, secara individunya
dapatlah memberntuk diri aku ini sebagai insan yang
memahami matlamat. Aku tidak mahu lagi tertipu
dengan perkara yang berlaku dalam perjalanan hidup ini ...'
Membaca satu persatu luahan hati dari anak-anak didik, merangsang kembali jiwa yang sudah berputus asa. Memang pembinaan manusia tidak sama dengan membina rumah atau mempelajari sesuatu subjek dalam kelas. Ia satu proses yang melatih diri untuk bersabar dengan karenah manusia yang pelbagai. Dan proses ini secara automatik melatih Murobbi untuk beraksi dengan lebih ikhlas, dari semasa ke semasa. Tanpa keikhlasan dan kesabaran, putus asa adalah jawapannya.
-----------------
Pada semester pertama yang lalu, masa ingat saat-saat saya bersetentang mata dengan mereka. Semuanya muka bersih-bersih. Cuba mencari sinar di sebalik kesibukan duniawi yang memalapkan hati.
Masa itu, saya bercita-cita agar mereka semua akan menjadi penerus urusan Dakwah ini. Dengan tekad yang membulat, dan semangat yang berkobar-kobar, lebih-lebih lagi sebagai Murobbi Muda, saya melakukan pembinaan ini dengan bersungguh-sungguh.
Pada awalnya, semuanya kelihatan normal. Semua Mutarobbi memberi komitmen pada pertemuan Halaqah setiap minggu. Tetapi, hari tak akan panas setiap masa. Terkadang, awan-awan hitam mudah sahaja berkumpul. Terkadang juga, angin yang perlahan boleh bertukar ganas tiba-tiba. Begitulah keadaan Halaqah kami. Pada penghujung semester satu, satu persatu masalah timbul. Mutarobbi sudah mula menunjukkan kurang komitmen pada aktiviti Halaqah. Mungkin pada waktu itu, mereka masih belum memahami erti Tarbiyah dan kepentingan Halaqah itu sendiri.
----------------
'Saya mula mengerti akan apa itu mutaba'ah
ibadah iaitu ibadah menurut landasan Sunnah
Rasulullah S.A.W. Sebelum ini, saya agak kurang
mengambil berat tentangnya dan Alhamdulillah
saya dapat mengikutinya (sekarang, yakni mengambil
berat tentang amalan sunnah) ...'
Semester dua bermula. Saya merancang dengan lebih teliti. Mengharapkan agar mereka memahami apa yang ada disebalik Tarbiyah itu, dan bagaimana mungkin Halaqah itu mampu mengubah manusia, dan bagaimana sistem likaran kecil itu akan mampu menegakkan kembali Daulah Khilafah Islamiyyah.
Maka, saya menyampaikan hal mengenai 'Ahammiyatul Tarbiyah', yakni kepentingan Tarbiyah. Mungkin ketika itu, saya tidak mampu menyentuh hati-hati mereka. Atau saya masih belum 'menyucikan' hati mereka sebersih-bersihnya. Akhirnya, penyampaian itu agak kurang memperlihatkan kesannya, melainkan pada sebilangan kecil dari mereka sahaja.
Kehadiran Mutarobbi ke halaqah amat membimbangkan. Saya cuba berbincang masalah ini dengan para senior yang berpengalaman.Mungkin mereka ada cara solusinya. Selain itu, saya cuba memantapkan skill keMurobbian dengan bahan bacaan tambahan dan mengikuti latihan-latihan yang berkaitan. Semuanya untuk kepentingan mereka, walau saya tahu, sudah tentu saya lakukan semua ini kerana Reda-Nya.
Melainkan seorang dua dari mereka, majoriti dari anak didik saya ternyata begitu susah untuk 'melekatkan' diri mereka dalam Halaqah. Minggu ini datang, minggu depan sibuk. Akhirnya, saya tidak mampu untuk menurunkan penyampaian yang sempurna. Ligat saya memikirkan solusi untuk masalah kehadiran mereka.
'Bagi aku, perjalanan Tarbiyah ni amat sempurna,
InsyaAllah. Aku sendiri dapat merasakan 'gelombang'
perubahan daripada Tarbiyah ini. Lagi 'best', bila
sekarang aku lebih faham setiap lorong atau
hala tuju hidup aku (walaupun masih tak sempurna)'
-------------------------------
Mulai pertengahan semester dua, saya mula-mula cuba mendekati seorang demi seorang. Memahami dan menyelami kehidupan mereka. Dari situ, saya cuba menyelesaikan permasalahan yang bermainan dalam hati mereka. Dipermudahkan oleh Allah, sebahagian dari mereka ada yang berminat untuk berkongsi ujian yang mereka timpa. Berbekalan ilmu dan pengalaman yang ada, saya cuba yang terbaik untuk meleraikan buntu-buntu yang bermain di kepala mereka. Moga selepas ini, mereka lebih komit dengan aktiviti-aktivi Halaqah. Semuanya untuk proses pembaikan mereka. Moga Allah meredai usaha-usaha kami.
Dengan Rahmat dari Allah, terlihat kesan-kesan positif bagi setengah dari mereka. Ada yang mula komit, dan sebahagian lagi masih belum mampu disentuh hati-hati mereka. Terkadang, terdetik juga rasa muak dan malas untuk melayan mereka yang tidak mengingini Tarbiyah. Tapi, teringat kisah Nabi yang dilempar baru oleh penduduk Thaif, padahal yang ingin dibawanya ialah Islam. Mengeluarkan manusia dari cinta kepada dunia yang rapuh dan kenikmatan sekejap kepada Akhirat yang kekal dengan kelazatan yang tidak dapat dibayangkan! Tetap sahaja Nabi mendoakan kebaikan untuk anak cucu mereka.
'Dapat sesuatu yang 'beneficial' untuk
diamalkan dalam kehidupan seharian.
Antaranya ialah bertafakkur memikirkan
kejadian manusia. Setiap yang hidup pasti mati.
Sedar tanggungjawab diri sebagai hamba Allah.'
------------------------
Semester dua ditutup dengan jamuan makan. Moga dengan itu, mereka mengerti bahawa Tarbiyah itu bukan jumud pada Halaqah sahaja. Tapi, ia satu proses yang besar dan menyeronokkan. Dengan ini, semoga Allah membuka hati-hati mereka agar mencintai Tarbiyah.
Cuti semester bermula. Saya cuba merangka sebaik mungkin untuk semester tiga ini. Semester yang menjadi penentu untuk Halaqah ini terus maju atau mundur. Berusaha semampu mungkin dengan Hidayah yang dimiliki, dan tekad yang dipunyai, agar anak-anak didik dapat menjadikan diri mereka sebagai orang yang sentiasa mendekatkan diri kepada Allah.
Semester tiga bermula. Tempohnya lebih pendek, hanya dua bulan sahaja. Nasib baik majoriti Mutarobbi mengambil semester ini. Hanya 3 orang dari mereka sahaja memilih untuk berada di rumah, atas alasan-alasan tersendiri. Semoga Allah memberi yang terbaik untuk kami semua.
'Terima kasih kerana mensedarkan
ana dan mengingatkan akan kejadian kita
sebagai hamba Allah. Buat amalan sunat,
hadir ke Taman Syurga (halaqah)'
Dengan target untuk melahirkan rasa minat dan cinta Mutarobbi kepada Halaqah, saya telah merancang untuk mengendalikan halaqah di tempat yang pelbagai, dengan aktiviti yang pelbagai, serta melatih diri untuk menyampaikan dengan lebih baik. Banyak masa, tenaga dan kewangan yang diperuntukkan untuk rancangan ini. Tapi, jika ia baik untuk mereka, maka tidak mengapalah. Asal apa yang diusahakan ini akan menjadi modal untuk diri di Hari Kemudian. Insya-Allah.
Dengan perancangan yang dibuat, dan segala pertemuan yang telah dipersetujui, ternyata perancangan dari Allah itu lebih hebat dari sangkaan kita. Ujian sebagai Murobbi begitu memeritkan. Terkadang, saya hampir tersungkur mengangkat 'bendera putih'. Bercita-cita untuk terus membubarkan halaqah ini. Tersangat kecewa dengan mereka yang lebih mengambil berat akan hal peribadi berbanding urusan bersama. Tidak menyangka, dengan mudah mereka mampu untuk mengtidak hadirkan diri pada saat-saat akhir.
Dengan hati yang pilu dan terluka, saya teruskan juga halaqah yang dirancang, kerana teringat pesan Murobbiku, jangan abaikan hak mereka yang datang. Saya membawa halaqah dengan separuh hati. Sedih dengan tingkah laku mereka. Amat kecewa.
Tetapi, Allah itu Maha Adil. Dalam putus asa itu, Allah masih menghantar beberapa anak didik yang setia dengan halaqah. Lebih menenangkan jiwa, bila sebilangan kecil dari mereka asyik memberi semangat pada diri ini. Entah, melihat diri mereka yang bersemangat ini, hati saya membara kembali. Tersenyum keseorangan melihat mesej-mesej mereka yang cuba menenangkan hati yang gelisah ini.
---------------------
'Maaf tahu pasal hari tu. Sebenarnya ana
Cuma Ingin Nak Test Anta (C.I.N.T.A) je.
Ana kagum tengok anta bersemangat waja
dan kental. Ingatkan nak biarkan je. Tapi,
tetap nak tolong orang walaupun orang
sakitkan hati anta. Kagum ana ke anta. Ana je
tak mampu jadi macam anta ...
Maaf sekali lagi sebab sengaja mengguriskan
kalbu Murobbi.'
Sepanjang dua bulan ini, saya banyak belajar macam mana ingin mengurus sesebuah halaqah. Menjadikan halaqah lebih dinamik dan menarik. Juga mengajar saya untuk lebih berani membuat keputusan, dan melatih saya untuk membuat perancangan yang lebih baik. Sepanjang setahun ini juga, saya belajar bagaimana untuk berkomunikasi dengan manusia-manusia sekeliling. Dan yang paling menggembirakan saya, selama tempoh saya menjadi Murobbi Muda, saya dididik untuk bersabar dan sentiasa mengikhlaskan diri.
Saya sentiasa menguatkan hati dengan Kalam-Nya: "Dan tidaklah aku meminta imbalan darimu atas ajakan aku ini. Cukuplah imbalanku hanya dari Tuhan sekalian alam." [QS Asy-Syu'ara, 26: 109, 127, 145, 164, 180]
-----------------------
Beberapa detik saat bermulanya 'Simfoni Halaqah Cinta', sempat saya tersenyum sendirian. Kepala saya ligat mengenang sesuatu. Sesuatu yang hanya akan dirasai oleh orang yang berusaha sahaja. Satu kasih yang hanya dapat dihayati dan diselami oleh jiwa yang merasai. Kasih ibu dan ayah.
Saya menarik nafas perlahan-lahan. Tidak lama selepas itu, melepaskannya memanjang. Allah, baru saya mengerti pengorbanan seorang ibu dalam mengasuh anak, dan kesabaran seorang ayah mengajar anak-anak. Hanya satu tahun sahaja, saya sudah berputus asa dengan mereka. Tapi mereka? Sudah hampir 21 tahun mereka mendidik saya. Dalam tempoh itu, berapa banyak sudah saya mengecewakan mereka? Berapa kali saya telah mengguris hati mereka? Berapa lama saya sudah membuatkan mereka letih dan penat dengan karenah saya? Tapi ternyata, mereka bertahan dan tidak mengungkapkannya kepada anak-anak mereka. Kerana apa yang mereka mahu, anak-anak mereka hanya tersenyum riang dengan kehidupan ini. Maafkan anakmu ini Umi, Ayah...
"Umi, Ayah, engkau menjaga kami sebegini ramai, bertahun-tahun lamanya, tapi tidak pernah mengeluh, dan mengungkap keputus asaan. Memang hebat keikhlasanmu, dan memang cekal kesabaranmu."
----------------------
Sekarang sudah tamat untuk semester ini. Saya tersenyum sekejap. Apakah saya harus mula merancang untuk semester mendatang? Apa yang saya persembahkan untuk mereka untuk masa akan datang? Adakah saya akan terus ikhlas dengan ini semua? Adakah mampu saya bersabar dan tahan dengan ujian masa hadapan? Dan adakah halaqah ini akan terus kekal bersemangat dan maju, atau sekadar kekal pada kadar yang sama, atau merudum? Astaghfirullah. Kuatkanlah hatiku, Ya Allah!
Semoga kita terus tetap dengan usaha kita. Tiada yang mudah di dunia ini, kerana Syurga itu mahal. Apakah kita sanggup mengeluarkan 'wang' yang besar untuk Hari Itu? Atau kita akan kesungkuran dek kerana tiada bekal untuk dibawa? Dan bagaimana hubungan kita dengan ibu bapa kita?
Akhirnya, saya membawa satu lagi curahan hati Mutarobbi fillah. Semoga menjadi inspirasi untuk jiwa ini, dan juga kita semua.
'Hati ana sebelum ini berasa kosong. Walaupun dah banyak
perkara @ aktiviti ana lakukan, tapi hati tetap rasa kekosongan.
Pada mulanya, ana memang agak malas untuk turut serta dalam
jamaah (yakni Tarbiyah) kerana nak fokus pada study dan berasa
hidup sendirian lebih menyeronokkan. Namun, kesannya pada sem lepas,
ana rasa jiwa kosong, hati terasa semakin keras.
Hidayah mula terasa datang menjemput ana apabila ana ditawarkan
menjadi xxx. Itulah detik perubahan sikap dan mentaliti ana. Ana kembali
kepada masjid. Jadikan masjid rumaj kedua dan jadikan ia tempat utama
menunaikan solat fardu. Paling kurang pun, suran. Alhamdulillah,
kini ana sedang istiqomah solat fardu jemaah dan qiamullail
setiap hari. Doakan ana sentiasa istiqomah dalam meningkatkan
amal ibadah. Amin'
Saya senang membacanya. Terima kasih kepada 'suara-suara cinta' ini, wahai para Mutarobbiku.
Terus mengorak langkah. Maju kehadapan.
Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"
9 yang kongsi idea:
(¶_¶)
maaf sekiranya selama ni ana banyak wat salah dan mnyusahkan enta..
namun untuk berputus asa dipertengahan jalan, bukan lah diri enta yg ana kenal..ingat enta penah berpesan bukan, enta bukanlah siapa2, kalau enta nak tarik diri pun xda effect pada agama sebab ramai lagi yg akan menggantikan enta..agama xrugi, tapi enta yg rugi..walaupun teruk dan susah serta menyampahnya tarbiyah org yg mcm ana ni, tp kalau enta abaikan terus, agak2 apa akan jadi??kalau ana kembali dalam kegelapan macam mana??
memang nyata org yg macam ana ni mungkin xkan pernah layak nak jadi murabbi, sentiasa gagal dalam melaksanakan fardu muslim..namun enta kena ingat, 'org yang sentiasa mengutuk enta walaupun telah ditegur, kalau enta bunuh (abaikan) dia, memang dia xkan dapat kutuk enta lagi..tapi kalau enta terus bersabar, kot2 mana la tau dia sendiri yang akan berenti mengutuk enta, dalam masa yang sama enta terus menerus dapat pahala..' fahamkan situasi tersebut dan kaitkan dengan kerja tarbiyah enta..ana xpandai dalam penerangan..
senyum.. :)
salam.
'setiap bani Adam melakukan dosa, sebaik2 pelaku dosa ialah mereka yang bertaubat' [Hadis].
*juga maafkan ana, jika tidak mampu memenuhi hak-hak antum. :)
*jangan risau, anta tak akan kembali ke zaman 'kegelapan', selagi mana anta menjaga Hidayah Allah.
*oh, anta ni pandai juga berfalsafah. hehe. terima kasih.
*senyum
:)
salam
salam, wah, menarik perkongsian ni. yup memang perit sebenarnya jadi murobbi :)
kerja nabi kan??memang la perit..sebab tu wajib kena ada sifat sabar..bukan setakat sabar pada kerenah mutarabbi antum yang macam ana dan mungkin yang lebih teruk dari ana, tetapi juga sabar dalam ketaatan..apa ketaatan tersebut??yakni menyebarkan Islam..sebarkan??kami dah sedia Islam..watpe nak sebarkan kat kami??
maknanya penghayatan terhadap Islam itu sendiri..pengamalan ibadah dan ketaatan pada suruhanNya..
ABANG HAMIDI: kenapa tak perlu risau??sesungguhnya itu lah yang perlu dirisaukan..sedangkan orang yang hebat macam enta pun atau yang jauh lebih hebat dari enta pun bisa tersungkur, inikan pula ana yang terlalu lemah..jika tiada pergantungan pada 'dahan','tali' atau apa2 juga yang dapat menahan diri dari jatuh ke jurang yang dalam dan gelap, sudah pasti ana jatuh terus..
ya, semuanya atas usaha sendiri..tapi cuba bayangkan ana tergelincir ke dalam gaung/lurah yang curam tanpa ada 'sekatan' seperti dahan2 pokok, tali atau batu yang bisa menahan pada dinding lurah tersebut, sudah pastinya akan terus jatuh..maka itulah peranan sahabat dan saudara seagama untuk cuba menyelamatkan kita tak kira berapa kali kita jatuh pun..
kerna itu nabi kata kita semua ibarat bangunan dan setiap dari kita merupakan bahan binaan tersebut.tinggalkan 1 bahan binaan pasti memberi kesan kepada keutuhan bangunan tersebut..
"senyum... :)
Isyraf:
wassalam. saya tidak tahu untuk berkata apa. kerana anta mungkin lebih memahami. :)
Azim (Hazimi):
*Erm... jaga2 hazimi. Isyraf tu Murobbi. lebih matang dari ana. he.
*siapakah ABANG HAMIDI? anta ni!
ana tak tahu apa yang harus dikomenkan lagi. melihat dari tulisan anta ini, ana dapat buat satu kesimpulan ringkas. Nampaknya, halaqah kita melahirkan seorang lagi bakal Murobbi Muda. Syabas Akh Hazimi!
*senyum
:)
salam
ada ana kesah isyraf tu murabbi?? :p <--(jangan sentap dengan ayat ini)hahaha..
yang penting beliau juga manusia seperti ana..xsalah untuk ana memberi pandangan atau berkomunikasi dengan beliau walaupun ilmu beliau berpuluh2 kali ganda dari ana..
:)
ermmmm...(^^)
terima kasih kerana memberi kepercayaan...namun yg tu belum boleh diputuskan lagi..takda guna jadi murabbi kalau ilmu dan amal masih ditahap bayi..setakat kata2 belum bisa menghuraikan semua..
berapa ramai dari kita yang terpedaya dengan kata2..?dengan kata2 sahaja orang yang jahat boleh nampak beriman..penzina boleh kelihatan seperti ustaz..orang jahil dianggap 'alim ulama'..
senyum...`
salam..
:)
Azim (Hazimi):
Islam mengajar utk menghormati yang tua, mengasihi yang muda. Jadi, kenalah ambil kisah. Orang yang tak peduli akan saudaranya yang lain, kena muhasabah balik.
*walaupun dia lebih hebat, atau lebih 'bodoh' dari kita.
Rasulullah S.A.W bersabda: kita menilai sesuatu pada zahirnya, yang batin terserah kepada Allah (untuk menilainya)
*seorang ustaz mengatakan: jika ntum berkeinginan utk jd org duduk2 sahaja (bersenang lenang), buat apa murobbi ntum penat-penat buat halaqah, buat daurah, iftar, qiam, riadah, bantu kewangan ntum, ajari ilmu agama, buat itu ini utk ntum, kalau ntum hanya inginkan duduk2 shj?
Wallahu a'lam.
*senyum
haihh..ana gurau sahaja dengan memberi kata kasar..sebab tu ana tulis jangan sentap..hahaa..memang la kena hormat org tua..salahkah ana memberi komen terhadap beliau meskipun beliau lebih matang dan berilmu??bukan ana menyalahkan, ana hanya bagi kata2 pendorong..dah memang hakikatnya kerja2 nabi memang sukar..maaf..
dan ana bukan tak peduli..
maksud ana, ana tak kisah samada beliau berpangkat apa sekalipun kerna kita semua manusia..lainlah kalau ana ni alien tak layak nak berkata2 dengan sesiapa..asalkan ana masih hormat rasanya tak jadi masalah..
senyum.. :)
ya betul..salah ana..tapi sejujurnya ana katakan, memang ana masih jauh lagi untuk membuka halaqah sendiri..apa guna ana jadi murabbi cepat2 jika ilmu masih diparas buku lali..?tak takut nanti ilmu sesat yg diberi??silap2 mutarabbi yang banyak memberi, serupa je la dia yang jadi murabbi..
Insyaallah suatu hari nanti..
yg ni pandangan ana..
jangan terlalu mengharap hasil yang diingini tanpa mahu melihat kemungkinan yang tidak diingini..
kita tanam benih, bajai dan jaga elok2 sekian lamanya, banyak yang telah kita korbankan demi mengharapkan agar pokok yang tumbuh itu berbuah lebat skali..
tapi malangnya pokok itu (org kata pokok jantan) xberbuah...kita akan rasa kecewa dan sakit hati bukan..?kita rasa tak berguna langsung kita dok tanam dan jaga sekian lama..amat2 kecewa kerna apa yang diimpikan tak terlaksana..kita pun sakit hati punya pasal, kita tebang dan bakar..
namun pernahkah kita terfikir apa sebenarnya kebaikan yang kita dapat darinya??mengajar erti kesabaran..kalau tak sabar, kenapa nak tanam??
dalam tempoh tumbesaran pokok yang 'tak berguna'tu, sebenarnya banyak yang kita peroleh..enta sendiri boleh fikirkan..
antaranya, walaupun pokok itu tak berbuah, namun ia memberikan kita oksigen dan meneduhkan kita dari terik mentari..walaupun kita disusahkan dengan daun keringnya yang gugur ke bumi..pernah tak kita hargai, atau kita sibuk dengan buah yang diimpi??
selain itu, pernah x kita terfikir kegunaan lainnya selain memberi buah kepada kita??misalnya batang pokok itu sendiri..boleh dibuat perabut dan pelbagai lagi, atau kita masih sibuk dengan buahnya??
dan, dek kerana kita nak cepat merasai buahnya, tapi tetap juga tak berbuah lalu ditebang..tapi tak mustahil suatu hari nanti buahnya akan lebih lebat dari apa yang kita jangkakan..(pokok belakang rumah ana yang mengajar ini semua)
tak tahulah enta faham ke tidak..
apa yang ana ingin perkatakan, jangan pernah melihat hanya pada 1 harapan, tapi buka lah mata lihat akan kegunaan..banyak yang kita peroleh..meski seseorang itu tak jadi seperti apa yang kita harapkan, tapi tak mustahil dengan adanya beliau mungkin 1 hari nanti beliaulah menjadi harapan..walau bukan kepada masyarakat, tapi tetap kepada keluarga..dan xmustahil anak cucunya nanti yang akan menjadi 'some one'..
kita harapkan 4 flat...klu xdapat kecewa..tp terfikir tak kita, adakah 4 flat yang dicari atau ilmu itu sendiri..?apa guna 4 flat jika hanya guna dalam U utk dean list??keluar U, bukan 4 flat tu yang kita gunakan, tetapi ilmu..
wallahua'lam..
senyum..
salam.. :)
Pertama:
memang tidak salah memberi komen. Tapi, bukankah kita adab dalam memberi nasihat? Terlebih dengan mereka yang baru kita kenali.
Kedua:
Jika merasakan diri tidak berkemampuan, adakah harus dibiarkan tidak berkemampuan terus? dan apakah usaha untuk keluar dari 'tidak berkemampuan' itu?
Ketiga:
Terima kasih atas teguran dan nasihat. Insya-Allah, akan lebih berusaha pada masa mendatang. Semoga hati kita sentiasa lembut, di 'hadapan' Allah, dan sentiasa berlapang dada, di hadapan sahabat-sahabat kita.
Keempat:
tapi, kalau dapat pohon berbuah, itu adalah nilai tambah untuk kita. *smiley*
*senyum.
:)
salam.
Post a Comment