Assalamu'alaikum.
Sukan Memanah.
Dalam bahasa Inggeris,
we call it as ARCHERY.
Salah satu sukan yang Nabi SAW suruh ajarkan kepada anak-anak.
Sukan Memanah.
Menunggang Kuda.
Sukan Renang.
Dan saya sudah lama,
mengidami untuk bermain anak panah.
Lebih-lebih,
bila tahu dalam UIA ini,
ada menawarkan sukan memanah.
Dan waktu awal tahun pembelajaran,
dah simpan impian untuk belajar memanah.
Namun,
sekali lagi saya harus bersabar.
Sehingga Allah mengizinkannya.
"Assalamu'alaikum. Abg ***, ana nak ambil Archery boleh? Untuk CCAC. Ke Abg *** ada cadangan lain?"
Macam selalu,
saya akan memberitahu murobbi saya,
apa yang bakal saya pilih.
Kerana saya tidak mahu,
mengikut nafsu semata-mata.
Selepas berbalas-balas mesej,
akhirnya:
"Try cari yang boleh membantu jemaah :)"
Walaupun sedikit sedih,
tapi saya masih lagi tetap senyum,
kerana saya tahu,
bahawa diri saya,
sudah saya 'korbankan' untuk Dakwah ini.
InsyaAllah...
---------------------
Archery,
jika saya tidak mampu bersama anda di dunia ini,
semoga Allah membenarkan saya,
bersamamu di Akhirat kelak.
Teringin nak memanah,
bersama pemanah Islam yang pertama.
Mus'ab bin Umair.
Allahumma Ameen!
Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"